Tuesday, January 12, 2010

Perasaan Malas mula Menggangu...

sejak akhir2 nie aku semakin sibuk dengan kerja-kerja di pejabat & Class student baru semakin ramai mendaftar masuk ke kelas aku adoiii letihhh sgt bila da mula sibuk dengan class semakin hari aku semakin bertambah letih& lesu terpaksa jua la aku kuat kan hati untuk meneruskan kerja-kerja aku ni...

keadaan aku plak boleh dikatakan semakin Sarat dengan Perut yang memBOyot pergerakkan semakin terbatas kalau terlebih aktif aku bekerja mula aku mengalami sakit bawah perut yang amat sgt bahagian pinggang pun ikut la sakit berdenyut2 je rasanya .. kawan2 family Yang penting sekali my lovely Husband selalu bagi nasihat supaya jangan terlalu sibuk dengan kerja-kerja yerla sekarang nie badan semakin tak kuat mcm dulu ...

dan sejak akhir-akhir ini juga perasaan malas semakin menjadi-jadi kalau badan da letih nak buat apa-apa pun rasa tak bergerak rasanya badan aku nie ... kerja-kerja rumah sepenuhnya husband aku yang lakukan wife dia nie tak larat da nak buat, balik kerja je kalau boleh nak baring & berkurung je dalam bilik , tapi tak ler sampai tak bergerak langsung hehehhe kadang2 aku kecian plak kat husband aku nie semua keje dia yang buat " untuk buat keletihan suami ku hilang aku akan memasakkan sesuatu yang paling dia suka walaupun aku tak berapa larat nak memasak aku redah je la hehhe untuk husband tersayang apa salahnya muak da asyik makan luar je kan heheh "

dalam keadaam mcm nie aku rasa seronok sgt bila dapat rasa perasaan ibu hamil, perasaan berborak dengan baby dalam kandungan, dapat rasa tindak balas baby setiap di perkata kan padanya seakan dia mengerti apa jua yang berlaku di sekelilingnya , perasaan nih yang paling indah saat aku mengandung walaupun kadang2 aku sedih dengan keadaan ku yang mengalami masalah darah tapi bila ku lihat baby bergerak hilang segala masalah beban yang ku tanggung kadang2 aku akan menyelak baju ku sendiri untuk lihat baby bergerak dalam masa yang sama aku mesti ketawa rasa seronok sgt ..


2 comments:

NURUL said...

normal tu perasaan malas time preggie tau mys

My's itu aku SyanG... said...

yerker heheh normal ek biasa la kan first time semua jadi cerita baru kan hehehhe ..