Tuesday, January 26, 2010

Persiapan ku di saat 3 bulan terakhir...

bila da masuk 7 bulan nie mcm2 nak di buat mcm2 nak difikirkan ada yang menyeronokkan ada juga yang menakutkan??? yang bestnya dapat merasa anak ku dalam kandung ini semakin cerdik & lasak, dalam masa yang sama seronok sgt dapat buat persiapan untuk ahli baru dalam keluarga aku yang nak kata besar tak besar la kan hehhe baby ummi & babah tak sabar sgt nak dengar tangisan pertama baby selepas lahir nanti ... " wahhhh bahagianya aku "


mula kan aktiviti mengemas2 barang buat anak ku & diri ku sendiri rasa tak sabar2 nak pack semua barang2 untuk di bawa ke hospital tapi pening la apa yang penting je kan kene bawa heheh

Barang-barang baby:-

1. baju baby dalam beberapa helai (semua lengan panjang cian baby sejuk plak nanti kan )
2. kain lamping baby
3. pampers new born
4. minyak telon ( wajib bawa )
5. minyak baby (ada yang kata mesti kene bawa)

Barang-barang Ummi:-

1. kain batik
2. baju T (wajib bawa nie)
3. tuala wanita (heheh faham2 sendiri da le)
4. stokin (supaya tak masuk angin )
dan seakatan dengannya ...


pilihan jamu untuk lepas bersalin pun da kene fikir da nie tak tahu la aku nie sesuai makan apa? pening gak kepala otak aku duk fikir kan benda2 remeh nih .. kalau ikut mak aku dia suruh je aku beli jamu MUSTIKA RATU sebab da komplet semua dalam 1 je mak aku cakap la kan kang kalau tak beli sudah semestinya la aku nie kene membebel ... bila tanya ejad dia tak kisah yang penting aku sihat makan je la apa yang mak cakap 2 mesti ok punya hehhe ..

sebelum nie ada yang tanya ada minum apa2 tak untuk tambah kan air susu badan heheh biler dengar je aku da tergelak Besar adoiiii kelakar la plak huhuhuhu.... aku cakap jela tak ada pun nie pun aku tak tahu susu badan aku nie banyak ke sikit cam pelik je aku rasa la bagi tahu kat ejad sengih je la orang tua 2 heheh ...

bila da masuk 7 bulan nie semua da nasihat kan aku untuk buat persiapan awal simpan dalam kereta kalau ada apa2 senang terus pergi hospital je .. bila diorang cakap mcm 2 takut la plak mula la terfikir yang bukan2 adoiii semak betul la... aku sentiasa berdoa semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna amin...






No comments: