Wednesday, December 30, 2009

Bermula lah tahun baru yang penuh dengan Cerita-cerita yang baru ...

Selamat menyambut tahun baru yang bakal menjelang tidak lama lagi setiap kali tahun baru menjelang pasti ada azam baru atau pun niat2 baru yang ingin dilakukan heheh tak lebih kurangnyer mcm aku nie hehe tahun baru nie banyak memberi makna buat diri ku ejad dan ahli keluarga, tahun baru ini juga yang bakal menjadi kan aku seorang ibu buat anak sulung ku yang bakal lahir hanya beberapa bulan je lagi.

azam tahun baru ingin menjadi yang lebih baik dari yang sebelumya ingin menjadi isteri yang mendengar kata & ibu yang baik buat my litte junior hehhe ... insyallah tahun baru ini akan lebih bermakna dari yang sebelumnya.. dalam masa yang sama tahun baru ini ibu ku bakal menimang cucu 2 orang sekali gus heheh seronok sgt bila tgk ibu ku sentiasa tersenyum walaupun arwah abah sudah hampir 2 tahun pergi meninggal kan kami semua semua kenangan arwah abah sentiasa berada dalam ingatan. terasa rindu bila teringat kan arwah....

tak sabar rasanya ingin mendengar cerita-cerita yang menarik tahun baru nihhhh mesti meriah & gempak punya la pembaharuan akan bermula hahhah seronoknya kalau dulu aku akan menyambut tahun bersama ahli keluarga tapi kali ini aku akan menyambut tahun baru dengan suami tersayang Tak lupa juga Baby yang semakin aktif dalam perut aku niihhhh umi tak lupa dia sayang hehheh "SELAMAT TAHUN BARU MY LOVELY HUSBAND & MY LOVELY LITTE BABY" tapi lebih elok aku duduk rumah je malam tahun baru nih lebih selesa & aman heheh kalau keluar gerenti dengan jalan jem sesak ngan orang ramai lagi adoiii semak paler otak aku buat aku & baby letihhh je kalau duk rumah dapat merehat-rehatkan diri aku yang sering keletihan nihhhh


Monday, December 28, 2009

jauh kan diri ini dari demam

aku tak sanggup sekiranya aku demam jauh kan dari aku
tapi sekarang aku seakan mau di serang demam ohhhh tidak
terasa sakitnya kepala ini
terasa tekak ini pahit tidak lalu untuk menjamah makanan
terasa sakit badan2 ku ini ..
terasa seakan mau muntah mengeluarkan semua isi perut ini
ahhhhhh ....

Sunday, December 27, 2009

tahun 2009 my sweet memory...

tahun 2010 bakal tiba hanya dengan beberapa hari sahaja & perginyer 2009 dengan cerita-cerita yang indah banyak kenangan yang tak mungkin dapat aku lupa kan tahun 2009 "you the Best year" sedih , gembira, happy , teruja & mcm2 perasaan cukup untuk ku kumpul semuanyer untuk tahun 2009,

~tahun 2009 aku bergelar seorang isteri kepada encik NORHAIZAD NORDIN & pada tahun yang sama hanya selang sebulan aku di sahkan hamil 4 minggu (1 bulan) dalam masa aku di sahkan hamil aku mengalami alahan mabuk yang amat teruk tak dapat aku bayangkan keadaan aku waktu itu selama 4 bulan lebih aku terpaksa menanggung keadaan mabuk yang buat aku betul2 seakan serik untuk mengandung tapi dengan sokongan suami & family kedua2 belah pihak aku kuatkan hati ku untuk menempuh segalanya hanya buat anak sulung aku & ejad yang bakal lahir 16~april~2010 tahun depan

bila kandungan masuk 4 bulan lebih keadaan ku beransur pulih selera makan mula bertambah dengan baik.. dalam masa yang sama aku tidak dapat lupa kan tendangan pertama baby itu adalah tendangan pertama yang aku rasa & seterusnya tak dapat nak aku gambarkan perasaan aku bila baby berikan aku reaksi yang amat baik walaupun keadaan aku saat itu tidak berapa baik & sihat aku mengalami masalah tekanan darah terlalu rendah dalam masa yang sama aku sering pitam ...

bila kandungan ku masuk 5 bulan baby semakin aktif dengan berat badan aku yang naik mendadak 4.5 kilo dalam masa sebulan pehhhh mcm tak percaya mana taknye asyik minta makan je heheh perut nie sentiasa lapar, kalau nak makan je mesti nak PIZZA la , KFC la , MCD, mcm2 g yang aku nak makan kalau sebelum nie bukan main alah bau pon tak boleh tapi sekarang itu la yang aku sering nak makan kalau tak dapat je mula la aku menangis hahhaha takut2 baby kuar je anti ikut peragai aku yang kuat menangis nie plak sudah ...

sekarang kandungan ku sudah pun masuk 6 bulan aku dapat rasa pembesaran baby, dalam keadaan nie aku semakin terasa letih , penat , adakala aku rasa tak larat nak bangun mood sensitive aku pun mula menjadi2 kecian ejad terpaksa melayan kerenah aku mcm nie ~ baby semakin aktif bergerak aku dapat rasa baby berpusing dengan baik menukar kedudukkan dari kepala di atas turun kebawah lebih sesuai kadang2 risau jugak kalau2 baby tak mau pusing kebawah akhirnya aku rasa amat lega sgt sebab dapat rasa baby berpusing dan dapat rasa kepala baby di bahagian bawah .

bila baby da semakin aktif tido malam aku mula terganggu terasa letih sgt2 masuk je waktu aku nak tido baby mula la buat keje dia dalam perut umi dia nie bila di suruh tido tak mau dengar lagi kuat dia main best sgt yer duk main dalam perut umi nie sampai umi tak boleh nak tido lena da sekarang nie, babah dia asyik tgk bola je baby pun ikut suka menendang plak da sekarang nie kuat plak 2 sampai sakit2 da pinggang aku nie. babah asyik cakap nie mesti baby boy kan kuat tendang kalau ikut babah tgk bola nie heheh Sabar je la aku dengar Babah dia cakap cam 2 aku tak kisah baby boy Or Gurl yang penting baby sihat itu yang paling penting ... sekarang aku semakin terasa sakit di bahagian bawah tepi kadang2 sampai nak berjalan pun sakit bila terasa sakit sgt aku mula la nak menangis mood mula la nak marah je, bahagian kaki pun boleh tahan juga kalau da sakit nak berjalan pun kadang2 da mcm tak betul masalah betul tapi ini semua dugaan ku ingin menjadi seorang ibu yang baik buat anak ku&ejad..

Wednesday, December 23, 2009

disebabkan kedegilan ku akhirnyer ku tanggung kesakitan yang amat sgt hari ini...

maybe semalam aku terlalu banyak buat kerja berat akhirnya aku menanggung sakit yang betul2 buat aku serik. sakitnyer ya allah tak tertahan ku rasa seakan urat di perut ku hampir putus susah untuk ku bergerak seperti biasa da sekarang aku seakan kura-kura yang agak lembab untuk bergerak .. badan ku mula menunjukkan keletihan yang tak terdaya dengan semenang-menangnyer aku mula kan tabiat ku yang lama iaitu muntah dengan sakit kepala yang datang dengan tiba-tiba .. apa yang aku mampu buat sekarang hanya duduk supaya aku tidak jatuh !!!!

dari semalam lagi aku da mula rasa tak sedap badan kerana keletihan, dengan tiba-tiba je aku terasa seakan dunia nie perpusing dengan ligat nasib baik aku sempat duduk dari jatuh ke lantai aku sempat bercakap dengan adik perempuan aku dia minta aku duduk rehat maybe sebab aku buat kerja dengan tak henti2 .. sejak aku pregnant aku suka sgt buat kerja sampai aku kene marah dengan family aku & belah Mertua aku, aku rimas sgt kalau tak buat apa2 hanya duduk je rasa geram je hati nie. aku selalu mengadu ngan ejad " mie kan pregnant duduk rehat je la biar babah je yang buat semua kerja" mula la muka masam aku nie muncul dengan tiba-tiba hehhehe.. tanda tak puas hati la 2 bila da muncung 2 ejad senang je nak pujuk "kalau mie nak buat sgt g masak tapi siap ada syarat lagi 2 masak yang simple2 je yang pasti mie tak letih ok Sayang heheheh"

pagi nie aku mengadu lagi kat ejad dia da mula risau kan keadaan aku perut ku makin sakit terasa pedih , perit , ejad tak henti2 call & msg aku tanya kan keadaan aku & baby terasa ingin pulang tapi tak ingin plak nak berjalan aku tak tahan dengan sakit perut nie .. bila da sakit mcm nie terasa serik plak ... nie la dia akibatnyer degil tak bertempat akhirnyer aku tanggung sakit ..

Tuesday, December 22, 2009

Degilllll

disebabkan aku degil perut aku sakit, badan aku letih, mood nak marah je.. semua di sebab kan aku tension sgt tgk keadaan kelas & office yang berselerak semak paler otak aku pagi2 masuk office da rasa nak naik angin je ... mana taknyer tempat nie da jadi sarang tikus membiak dengan bau yang boleh buat aku sakit kepala dalam masa yang sama boleh buat aku kene serang sakit jantung!!!! rasa mcm nak bakar je tempat nie arrrrrJustify Full

ingat boleh la nak buat keje dengan senang hati tapi setiap kali masuk office je aku mula stress yang amat sgt da la tgh berbadan dua nie adoiiiiii sakit hati betul dengan tikus2 yang ada siap la mampus semuanyer aku keje kan taula ...

dengan itu ler aku mula kan operasi mengemas sorang2 plak 2 mau tak sakit2 badan nie perut nie tak payah cakap la rasa pedih sgt2 tahan je la.. bagi tahu kat ejad teruk gak ler aku kene membebel pedih betul telinga nie kene marah .. kat rumah semua keje dia yang buat sampai kat office aku plak yang buat hurm sendiri fikir la .. sakitnyer perut nie kecian baby ari nie ikut umi buat keje teruk sgt yer sakit yer umi minta maaf yer ...

tapi aku still tak puas hati ikut kan hati nie nak je aku basuh je 1 bangunan nie biar bersih tak ada lagi binatang2 yang boleh buat aku sakit jiwa.. hahahhaha habis semua benda yang aku nampak bagaikan sampah aku buang lantak la kalau ada yang terbuang 2 aku minta maaf la yer tak sengaja sapa suruh letak bersepah2 mata aku nie sensitive pantang nampak mesti nak buang heheheh...

tak pasal2 ejad bagi aku gelaran "Umi Degill" nie la padahnyer semua keje buat sendiri akhirnyer aku yang tanggung sakitnyer sendirian ...

hati ini ...

semalam adalah hari yang amat memenatkan aku & baby ku, sukar untuk ku berkata-kata sepatah berkataan kerana badan ku terlalu letih, akhirnya aku menitiskan lagi air mata jernih ku ya allah mengapa aku sering menitiskan air mata ini,

semalam aku balik shap pukul 5 menanti ejad ambik aku di bawah office sebab terlalu letih Justify Fulluntuk berdiri lama aku pun duduk di tempat yang aku rasa selamat tapi kepala plak pening sebab orang ramai lalu lalang depan aku rasa nak menjerit je jangan lalu depan mata aku nie semak betul...

akhirnya ejad yang ku tunggu2 sampai juga walaupun muka aku da mula menunjukkan tanda2 mood yang kurang baik untuk berborak, dalam perjalanan balik ke rumah sepatah dia tanya sepatah aku jawab dengan nada yang kurang jelas sebab aku betul2 tak larat untuk bercakap waktu itu aku sempat menutup kan mata aku ejad perasaan yang aku tak banyak cakap tapi dia still senyum kat isteri dia yang banyak sgt sogehhhh nie...

sesampai je aku di rumah aku terus berlalu masuk ke dalam bilik untuk melabuh badan ku yang amat keletihan, aku bangun sebentar untuk ke dapur ejad sempat mengusik aku dalam keadaan itu aku hampir menitiskan air mata tapi ku tahan di depannya takut2 dia perasaan tapi suara ku ejad da dapat tangkap dia tak menggangu aku dia biar kan aku sendirian berehat dalam bilik, tapi mata ini tetap tak mau tidur walaupun badan ini ingin berehat akhirnya aku berpusing2 di atas katil ejad risau aku jatuh katil sebab berpusing mcm jam heheheh , perut aku plak lapar minta di isi ejad dengan senang hatinya mengorengkan sesuatu yang boleh aku isi di dalam perut BOYOT aku nie..

selepas aku bersolat, ejad ada cakap dengan aku dia nak baca surah yasin untuk baby aku dengan senyum jawab " ok babah " sebelum ejad membaca yasin baby bukan main berpusing sampai aku da tak boleh nak bergerak-gerak da sebab baby bergerak dengan aktif dengar je babah dia membaca yasin terus dia senyap, aku merasa amat tenang letih2 di badan hampir hilang setelah mendengar alunan yasin yang di baca suami tersayang.

"umi harap sgt baby dapat menjadi anak yang soleh"

babah umi harap babah akan bacakan surah yasin setiap malam untuk baby & umi berharap baby dapat belajar dengan surah-surah yang babah bacakan untuk dia ... insyallah.

Monday, December 21, 2009

Marah , Geram , Letih , Mengantuk ahhhhhhhh

letihnya semalam still tak hilang2 bangun pagi je mood mula membosankan masuk kelas je nak marah2 tetiba je perasaan marah nie menjadi2 bila nak on pc je tak boleh, makin menjadi la marah aku nie mata plak mengantuk tidur tak cukup dengan kaki yang mula sakit sebab bergerak je tak berhanti ya allah..

sekarang badan aku pun da menunjukkan perubahan sakit di bawah perut mula terasa kalau berdiri terlalu lama pinggang tak payah cakap la sakitnyer makin menjadi2 nak urut plak tak boleh tahan je la.. bila mcm nie terasa nak marah je ya allah kuat kan hati ku, badan mula la letih sangat ikut kan hati nak je baring atas katil tak mau bangun2 nak tidur nak rehat kan mata & badan semua.

bila tengah berbadan dua nie emosi marah , sedih , tension, stress makin menjadi2 lagi2 kalau badan nie terlalu letih rasa nak bangun pon da tak larat. aku cuba kawal emosi marah , sedih semua nie aku risau kan sgt yang dalam perut nie terikut2 plak peragai umi dia nie hottt temper nie !!!

ejad selalu nasihatkan aku dia risau keadaan aku & baby dalam perut nie, dia tahu aku letih keadaan mcm nie dengan keje kat office Student mcm2 hal lagi nak fikir ,

orang cakap kalau dalam keadaan tengah pregnant nie kita tak boleh nak terlalu stress atau pun tertekan, aku tak tahu mcm mana nak hilang kan perasaan nie bila dia dtg dengan tetiba mula la rasa nak menangis makin lama makin menjadi2 plak peragai pelik aku nie baby maaf kan umi sayang ....

tak terlintas di hati pun dia datang dengan tiba2 je .....





Sunday, December 20, 2009

buat mu sayang ...

sejak aku di sahkan hamil aku tahu diri mu yang paling gembira ku tahu diri mu hampir menitis kan air mata mu sebagai suami walaupun kita baru sahaja ingin membina sebuah keluarga aku bahagia menjadi isteri mu aku bahagia memberi mu zuriat yang bakal lahir semuanya dari benih kasih yang sekian lama di pupuk 11 tahun aku menjadi kekasih hati mu, setahun sebulan aku menjadi tunang mu, hampir 7 bulan aku menjadi isteri mu..

sejak diri ini hamil diri mu banyak bersabar dengan kerenah isteri mu ini dengan peragai ku yang kadang-kadang sensitive diri mu tetap sabar dengan semua peragai ku .. walaupun tidur mu sering terganggu kerana isteri mu ini, walaupun setiap pagi diri mu yang akan mengejut kan isteri mu ini dengan sabar, walaupun setiap pagi diri mu menyedia kan air mandi panas buat ku diri mu sentiasa senyum ..

aku bahagia menjadi isteri mu tidak sedikit pun aku merungut yang pasti aku akan cuba menjadi isteri & ibu yang soleh buat mu & baby kita yang bakal lahir tidak lama lagi .. seronok rasanya melihat diri mu membelek2 barang2 baby, bahagia ku rasa bila diri mu mengusap perut ku yang semakin memboyot..

aku tahu diri mu amat risau keadaan ku ketiga aku jatuh pitam tempoh hari kerana tidak tahan dengan cuaca yang amat panas , dengan tidak henti2 diri mu meminta maaf kerana tidak dapat hantar ku ke pejabat menitis air mata ku melihat diri mu meminta maaf semua itu bukan salah mu sayang, setiap kali aku menangis diri mu mesti akan meminta maaf dari ku bukan salah mu sayang aku tak tahu kenapa sejak diri ini hamil aku menjadi sensitive semuanya bukan salah mu, diri mu amat bermakna buat ku aku bahagia sayang menjadi isteri mu.. aku tidak minta hidup mewah penuh dengan harta kekayaan , aku hanya perlu kasih sayang , belai manja mu itu adalah harta yang paling bermakna buat ku , aku selesa tgl di mahligai yang diri mu sedia kan buat ku aku tak perlukan rumah banglo yang penuh sunyi


cuti2 ahad di alamanda

minggu ahad aku isi dengan berjalan-jalan bersama ejad pergi mana lagi kalau tak ke alamanda mmg tu je tempat aku & ejad melepak-lepak sambil tgk barang-barang baby heheh aku da jatuh cinta plak kat baju baby poney kene beli nie hehehhe ejad menjeling je dia da tahu da bini dia nie cam mana pantang nampak mesti kene beli juga hahah...

tak tahu la nape aku suka plak jalan2 kat alamanda semalam rasa seronok sgt selalunye kalo aku kuar jalan2 tak de la sgt jumpa baby kan tapi semalam asyik jumpa baby je mmg sepanjang jalan 2 mata nie asyik terjumpa baby je siap ada yang kembar nie yang buat naluri ibu ku semakin menjadi2 seronoknyer tak sabar menanti yang dalam perut nie lahir ke dunia nie hehehh ...

bila aku tgk baby 2 rasa lain mcm sgt perasaan nie time 2 aku asyik duk usap perut aku yang semakin memboyot nie "baby umi tak sabar nak baby lahir ke dunia dengan selamat , umi x sabar nak dengar tangisan baby yang pertama, umi tak sabar nak tgk babah azan di telinga baby , umi tak sabar nak bagi baby susu, umi tak sabar nak mandi, belai ,& tidur kan baby"

perasaan dari hati umi ini ikhlas buat baby umi yang bakal membuat umi & babah sentiasa tersenyum walaupun penat bekerja dapat tgk baby hilang semua penat seharian bekerja ...

Wednesday, December 16, 2009

Emosi ku....

terasa cam gemuk plak hehhe

senyum anti baby pon senyum heheh

aku yang semakin sihat heheh

Perut ku yang semakin memBoyot heheh

Sejak aku hamil dari awal emosi ku sering terganggu aku tak tahu kenapa aku menjadi hamba allah yang paling sensitive, walaupun kata-kata itu satu gurau senda pasti aku akan menitiskan air mata jernih ku tak ke pelik kalau dulu aku jenis manusia yang paling tak kisah tapi sekarang tidak lagi aku akan melarikan diri dan menangis walaupun aku cuba untuk tidak menangis tapi sekarang sudah menjadi tabiat yang sukar aku kikis lagi dalam naluri hati kecil ku. kadang-kadang terlintas di fikiran ku kenapa aku berubah menjadi begini sudah puas ku fikir akhirnye ini lah dugaan yang perlu aku tempuhi aku perlu kuat kan iman & hati ku supaya tidak lemah kecian baby ku setiap kali aku menangis dia pasti dapat merasa kesedihan ku.

setiap kali aku menangis ejad pasti akan susah hati melihat aku terdetik jua di hati kecil ini ya allah kenapa aku buat insan yang amat menyayangi aku & baby ku sedih & risau akan diri ku bila melihat isterinyer menangis ejad mesti minta maaf dari ku takut-takut dia melukakan hati isterinya.

tapi tidak setiap kali aku menangis ejad pandai ambik hati suka buat isteri dia yang kuat menangis nie ketawe tak henti-henti kadang-kadang sampai nak terkencing dia buat lawak mcm budak-budak dia buat isteri dia nie, lepas menangis mesti aku akan senyum sebab ejad akan perli "sapa kuat nangis umi baby la" ayat 2 sampai bila-bila pun aku tak akan lupa dengan ayat 2 je da boleh buat aku senyum sampai ketelinga panjangnyer ha3..

aku baru perasaan sikap ejad yang agak malu sgt nak bercakap dengan baby dia dalam perut aku nie setiap kali aku tanya mesti dia jawab "babah borak ngan baby dalam hati la mie" kalo dia cakap pun mesti dia tanya aku "mie baby tidur ke angun, mie baby lapar ke tak, mie baby tendang yut mie ke tak , mie baby cihat tak , mie baby nakal tak hari nie" bila dia tanya cam 2 senyum je la aku nie dalam hati babah2 malu sgt nak cakap ngan baby dia. tapi baby dalam perut aku nie kenal sgt suara babah dia , bangun pagi je kalau dengar suara babah dia mesti aku yang kene tendang tanda isyarat dia da bangun la 2 heheheh...

aku suka dengan layanan ejad dia tak pernah paksa aku buat sesuatu terasa seronok plak hehhe tapi aku tak boleh terlalu manja tapi da terlebih manja heheh mcm mana 2 . aku suka tgk ejad makan bila aku masak, dia tak pernah merugut walaupun aku hanya sempat goreng kan telur je untuk dia makan malam kadang-kadang badan nie terlalu letih aku masak mana yang mampu jela .. tapi tak de la hari2 aku masakkan telur je ikut selera ejad la dia nak makan apa yang pasti lauk2 yang simple mudah dan senang di sedia kan ...



Wednesday, December 9, 2009

yehoooooooooooooo eSok aku cuti ....

horeyyyy mcm tak sabar2 esok nak cuti nie heheh boleh la bangun tidur 2 lewat sikit takde la sampai tangah hari kan hahhahaha time cuti je la aku dapat merehatkan kepala otak & badan2 yang semakin menunjukkan perubahan yang amat ketara ...

simptom-simptom letih sudah pon menunjukkan taringnye ini yang buat aku tak boleh terlalu tension atau pon terlalu letih bekerja dokter pon da bagi nasihat aku tak boleh terlalu sibuk dengan keje mesti kene ada masa untuk merehat kan diri ini semua untuk kebaikan aku & bayi ku ...

aku teringin sgt nak ajak ejad kuar jalan2 keluar dari kawasan bandar nie yang penuh dengan kesibukan bising, jem & mcm-mcm ada semak kepala aku da nie ...

teringin sgt nak berjalan-jalan tepi pantai hirup udara segar sejuk nyaman yang dapat merehatkan minda aku yang da berserabut sgt nie ...

seronoknye la dapat bercuti dengan family heheh ... lebih-lebih lagi bila da berbadan dua nie teringin sgt nak bercuti tak tahu la nape ??? tapi nak buat mcm mana kan keadaan tak mengizin kan masing-masing ada keje sibuk je memanjang kalo cuti pon just jalan-jalan dekat mall je ...

Tuesday, December 8, 2009

persiapan Yg semakin menyeronokkan heheh

bulan semakin berganti tahu-tahu da hampir masuk ke tahun baru tgl beberapa minggu je lagi kawan baik ku plak akan bertunang sabtu nie rasa seronok plak dengar dia nak bertunang alhamdullah terbuka akhirnyer hati dia heheh dan aku tumpang gembira ...

aku plak tgl beberapa minggu untuk masuk ke bulan ke 6 maknanyer baby ku semakin membesar dengan jaya nyer HOREyyYYYY ... persiapan menyambut kelahiran semakin menyeronokkan banyak juga barang-barang buat baby sulung aku belanja kan hehehhe ... tgl 4 bulan je lagi saat menanti kelahiran my Lovely Junior hehhe tak sabar nak melihat wajah Chumil baby sulung aku & ejad entah ikut sapa la agaknyer selalu kalo baby sulung mesti ikut AYah dia heheh .. mesti sweet sgt kan heheh perasaan aku semakin happy & seronok sgt setiap kali aku melihat barang-barang baby yang sudah siap aku kemas kan ...

aku tak tahu kenapa aku sering bayangkan aku dapat baby girl kalo boleh semua barang-barang baby mesti nak ikut tema colour girl-girl heheh aku tak tahu la nape naluri hati ini suka plak dengan baby girl heheh tapi aku tak kisah kalo lahirnyer baby BOy heheh yang pasti baby ku sihat dan kuat aku sudah cukup bersyukur dengan apa yang aku terima ...

Scan..

semalam lepas check-up je aku terus buat scan kat klinik swasta perasaan pertama yang ku rasa melihat baby ku bergerak aktif sebak , bahagia , happy , seronok ... ejad senyum senyum rasa cam leh sampai ke telinga hehehe.. punya la suka ejad tgk baby dia bergerak siap main tendang2 lagi dalam perut umi dia nie heheh .. tak dapat aku nak bayangkan perasaan melihat jantung dia bergerak aktif .. rasa puas dapat melihat dia membesar dengan cepat dan sihat ...

dokter cakap baby belum berpusing lagi kepala kat atas kaki kat bawah 2 yang suka betul dia tendang kat bahagian bawah 2 rasa nak terkencing je biler dia main tendang2 tak berhenti .. aku & ejad dapat tgk dengan jelas keadaan baby dalam perut aku ya allah besar kuasa mu aku bersyukur kerana baby ku sihat...

walaupun tak dapat tgk baby gurl Or boy sebab baby tgh best duduk sambil kaki dia menutup bahagian tertentu hehehhe rasa nak tergelak je bile dokter cakap baby u main sorok2 la hahhaha.. apa yang penting aku dapat tahu keadaan baby sihat itu pon aku dan ejad da cukup bersyukur alhamdullah ...

insyallah bile baby da masuk usia ke 7 bulan hasrat hati ingt nak buat scan 3D plak heheh .. mesti lagi buat hati ku berbunga2 hahahhah

Monday, December 7, 2009

Check-up & scan For 5 month hheheh




hureyyyyyyy aku happy sgt nak g check-up & scan esok 8 december 2009 ..
seronok betul rasa di hati ku ini heheheh ejad pon happy sgt sebab aku happy dan sentiasa senyum hehhe baby pon senyum-senyum dengan cUmelnyer dalam perut umi dia yang makin membesar nie hahha...

alhamdullah aku da semakin sihat & happy Ceria heheh dan dapat merasai perasaan seorang ibu yang hamil ....
yang seronoknyer dapat makan dengan puas2nyer wahhhh seronoknyer cakap je nak makan apa mesti dapat heheheh itu la keistimewaan yang tak dapat aku nak bayangkan betapa seronoknyer menjadi ibu hamil nie lebih2 lagi alahan aku semakin baik hehheh
ejad plak tak pernah membantah apa je aku nak makan dia bagi janji aku makan dan Sihat kalo dulu bukan main susah nak makan sampai kene paksa nangis2 baru nak makan tapi sekarang TIDAK LAGI heheheh....

tak sabar nak scan esok nak tgk baby kesayangan umi dalam perut nie buat apa dalam perut umi asyik tak mau duk diam je .. and nak bagi ejad tgk sendiri baby dia dalam perut aku nie membesar heheh..

Tuesday, December 1, 2009

bulan ke 5 .....

rasa mcm baru semalam aku di sahkan hamil dan sekarang usia kandungan ku sudah 5 bulan ya allah besarnyer kuasa mu aku amat bersyukur dengan apa yang engkau kurnia kan padaku... sekarang aku beransur pulih dari alahan mabuk yang betul2 buat aku tak mampu melakukan apa2 kerja .. dan alhamdullah aku semakin sihat & selera makan ku pun da semakin bertambah-tambah heheh terasa berat juga la nak bawa badan nie sekarang .. lebih2 lagi baby dalam kandungan ku semakin sihat & aktif .. aku betul2 rasa bahagia bila terasa dia menendang rasa ingin saja aku menangis dengan gembira kadang-kadang menitis juga air jernih di mata ku ... aku berharap sgt aku akan melahir kan seorang baby yang comel & sihat dan segalanyer berjalan dengan lancar..

tak sabar rasanyer nak menanti saat kelahiran anak pertama nie seronok rasanyer barang-barang persiapan baby da mula beli sikit demi sikit ... perasaan bedebar2 pon da mula terasa heheheh

Wednesday, November 18, 2009

keputusan ku....

semalam aku sudah pon menjalankan test untuk menguji darah ku alhamdullah keputusan ku terima membuat aku dan ejad happy sgt walaupun bulan depan aku still kene buat test itu lagi tapi aku tetap happy hehheh perubahan amat ketara dari mula2 aku menerima keputusan dulu banyak perubahan dalam masa 2 minggu ini dengan mengambil ubat Sefrone dan makanan yang mengandungi zat dan protein yang di galakkan buat ibu mengandung seperti aku nie ...

dalam masa 2 minggu je banyak perubahan berlaku aku da mula suka makan tapi still tak boleh nak minum susu jenuh gak la ejad paksa untuk minum susu dia cakap kalsium dalam badan aku semua da bagi kat baby nanti umi baby yang tak ada kalsium plak heheh .... nak tak nak kene minum juga la susu sekarang nie pon krem2 aku semakin menjadi2 dengan sakit2 belakangnyer adoiiiii hai memang tak boleh nak tahan kalo sakit 2 dtg lagi la sekarang nie musim hujan sejuk2 nie yang paling aku tak boleh nak tahan ...

baby pon sekarang da semakin nakal hurm.... asal umi dia baring je dia mula beraksi dalam perut umi dia nie sampai aku nie asyik nak ketoilet je keje aku da sekarang... nie mesti gara-gara babah dia yang suka sgt tegk bola anak dia pon dalam perut main bola gak la menendang je keje heheheehh .... tapi aku rasa bahagia & senang sgt kalo dia sentiasa bergerak aktif dalam perut aku nie itu tandanyer baby dalam keadaan yang baik heehheh ... senang nye hati ini hahhahaha

Tuesday, November 17, 2009

biler mood edit m'gedit menjerma hehhe





Rindunyer di saat ini hehhe

tak lama lagi kami bakal menjadi Ibu hehhehe



saat yang di tunggu!!!!





today is day test telesimia ...

sampai juga hari yang ku tunggu2 untuk buat pemeriksaan darah ... takut seram sejuk gementar semua cukup risau betul nak relaxxx pon da tak reti da nie heheheh

dari awal pagi baby dalam yut nie asyik menendang je tak tahu la naper macam tahu2 je hari nie umi dia nak buat test darah..

wahai baby ku umi doa kan semuanyer berjalan dengan lancar baby jgn risau k ...

disebab kan ari nie nak buat test teruk aku di keje kan ejad malam tadi kene paksa makan benda2 yang menambah kan darah dalam badan aku nie nak menangis tapi bile ingat kan baby ku kuat kan juga la ... walaupun terasa nak terburai isi perut nie aku telan juga la kan hehhehe ...

Monday, November 16, 2009

shopping je keje aku nie hehhe

Qiutttttnyer

Nie yang boleh buat aku gIlo shooping da nie hehhehe


Sekarang aku da mula mengitai Kasut baby yang Comel2 tak boleh tahan mata aku nie hehehhe yang peliknyer aku paling suka membelek kasut Baby Girl heheh Comel Sgt2 sukanyer hehehhe mcm2 colour corak yang buat hati ku betul2 berbunga hahahha ...
sekarang mcm feshion ada just pilih je mana yang berkenan di hati wahai si ibu hehheh

minggu lepas ada masa terluang aku kuar berjalan2 ngan ejad niat hati nak berjalan2 sambil cuci mata je tapi akhirnya terjebak juga hahahha ..

Mothercare ):-
nak masuk tgk2 la konon cakap kat ejad belek punya belek entah cam ner la mata aku nie leh ternampak set baju baby new Born 7 helai sekali aku balun hahha ejad tak boleh nak cakap apa la kan lawa cute comel semua cukup hahha siap main mata g ngan ejad nak pujuk la konon hahhah disebab kan sayang kan bini dia nie akhirnyer baju-baju 2 semua da menjadi koleksi aku hehehhe sayang punya pasal $$$$ pon habis la juga hahhahah Boleh tahan gak la price-price baju2 & barang2 baby & terjual kat Mothercare heheh ...



berakhirnya cuti ku ....


dari hari aku mengambil cuti rehat minggu lepas tak banyak keje yang aku buat hanya merehat kan diri dari membuat keje-keje berat mcm tuan puteri la hhahah tapi tak de la malas tak buat apa-apa kan memasak untuk suami 2 yang paling aku rajin & aku suka sgt alhamdullah aku punya suami yang tak cerewet bab makan apa-apa yang aku masak semua habis dia bental hahha seronok plak tgk ejad makan masakan air tangan aku sendiri ...

semalam aku mula bekerja seperti biasa setelah bercuti selama seminggu kerana keadaan ku yang kurang sihat ... esok 18/11/2009 hari yang betul2 buat aku malas sgt2 sok aku kene buat test telesimia kat hospital semenyih ... esok ejad ambik cuti tuk teman aku g hospital aku je yang kene keje sok sebab tak boleh nak cuti da ... tapi takper la aku leh hafday sok hahahhah....

minta-minta sok keputusan yang aku terima semua yang baik-baik je tak de la aku sakit kepala memikir kan keadaan aku & baby dalam perut aku nie kan ...

sekarang baby dalam perut nie bukan main nakal sampai kan aku tak boleh nak melelap kan mata dengan lena . nak masuk subuh baru dia nak tido letih betul dibuatnye .. semalam aku dan ejad masuk tido awal sebab masing2 keletihan dengan keje masing2 . sejak dua menjak alahan aku berakhir aku mula suka memasak plak hehhe dari beli makanan kat luar ejad plak suka lagi aku yang masak leh jimat perut dia pon kenyang hhahahha mcm2 la suami aku nie tau... alhamdullah aku tak mabuk2 mcm dulu lagi dan sekarang aku ada masalah darah je aku berharap sgt semuanyer akan berakhir dan aku & baby sihat2 je ...

Monday, November 9, 2009

aku PITAM lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ya allah aku pitam lagi semalam alhamdullah baby dalam kandungan ku dalam keadaan baik2 syukur yang dapat ku ucapkan ... semalam bagaikan mimpi ngeri buat ku kerana aku jatuh dengan hentakkan yang agak kuat bahagian pingang & kepala rasa sakitnyer terasa sampai sekarang ... apa yang mampu ku buat masa itu hanya air mata yang dapat aku mengalir kan ... dengan kuasa mu Suami ku balik kerana tak sedap hati & risau keadaan ku ....

hanya dengan pelukkan & pujukkan suami je yang dapat menenang kan keadaan ku semalam...
perkara nie aku rahsia kan dari pengetahuan ibu & keluarga belah suami aku harap tak nak menyusahkan mereka sekarang nie pon mereka da terlalu risau dengan keadaan aku yang kurang sihat nie ...

ujian mu terlalu kuat ya allah tak terdaya aku menanggungnyer dengan keadaan ku sekarang ya allah kau kuat kan la aku dari segalanya ..

aku hanya mampu menitiskan air mata dan berdoa keadaan diri ku & baby dalam kandungan ku selamat dari segala masalah..

baby dalam kandungan ku juga dapat memahami keadaan uminyer ... setiap kali ku tanya dia berada dalam keadaan baik ataupun tidak dia akan menendang perut ku untuk memberithu dia dalam keadaan baik ... sekarang baby ku dapat memahami apa jua yang ku katakan alhamdullah dan ku harap dia akan menjadi anak yang soleh dan kuat imannyer taat dengan orang tuanya ...

Friday, November 6, 2009

this my Colection jeng jeng...

Sebahagian Colection baju2 yang comel berjaya mencuri hati ku heheh

tak lupa juga sarung tangan & kaki baby yang comel2 hehhehe

Seronok betul dapat beli barang2 tuk mY's baby rasa tak sabar nak menanti kelahirannyer baper bulan je lagi nie hehhehe ...
sekarang aku da pon masuk 4 bulan lebih baby pon da pandai nakal dalam perut nie ada je keje dia dalam perut nie tau ... tido malam pon asyik tertanggu je badan da makin bertambah letih dan penat sgt2.. minggu lepas aku buat check-up baby rasa sedih je sebab aku mengalami kekurangan berat badan dan tekanan darah ku menurun dengan mendadak dalam masa yang sama dokter sah kan aku maybe mengalami telesimia OR anemia kekurangan darah yang agak teruk .... 18 /11 nie terpaksa ambik cuti lagi sebab dokter arahkan aku mengambil test telesimia dan sekarang aku terpaksa makan ubat dengan banyaknye adoiiiii sedihhhhhnyer ....
tapi aku tak boleh nak sedih2 kecian baby umi ...

Monday, October 26, 2009

aku mula dilanda Shoping Holic...

katil idaman ku buat baby umi yang dalam perut nie Cantik tak ???

minggu lepas aku ingin ke sweetcerry sebab nak tgk2 barang2 baby tapi hajat tak kesampaian kerana mempunyai urusan hahah... last aku buka je la lawan web dia senang je leh terus tgk heheh... dan akhirnya aku terlihat katil baby yang aku rasa da buat aku jatuh cinta sesagt2 padanya ... gelora untuk shoping barang untuk baby dalam perut nie makin menjadi2 tapi aku kene tetap sabar sebab babah baby dalam perut nie kata nak scan tgk baby cam mana boleh leh shoping adoiii baby umi mu tak sabar da nie heheh...

setiap kali keluar aku mesti nak tgk barang2 baby seronok sgt2 minggu lepas aku bawa mak aku kuar jalan-jalan kat alamanda tapi mata nie still tak boleh tahan nak tgk barang baby kat mothercare heheh tgk punya tgk ternampak plak kasut baby yang COMEL sgt2 adoiii nie lagi buat aku tak sabar2 menanti baby ku lahir .. aku nia da giler ngan color hijau nampak plak kasut baby pekedot Hijau lagi la buat aku naik gilor hahhaha ...

pagi2 muka blur menjelma ...

tgk la nie muka blurrrr tensionnn jer

mcm2 ada dalam fikiran ibu hamil nie kan ada je hal dia ...

biler la nak siap
keje-keje aku nie sakit paler otak aku nak buat bende nie je
muka pon da Blur je sekarang nie
adoi hai .....

ohhh baby ku tolong la umi mu ini ..... !!!!!

Sunday, October 25, 2009

ahhhhh Tensionnyer....

betapa aku bencikan keje aku sekarang !!!!!!!!!
dalam keadaan aku berbadan dua nie aku harap sgt
aku tak mengadap keje-keje yang boleh buat aku stress & Tensionnn sgt2
dan ternyata sekarang aku mengalami tekanan di tempat keje ya allah kau kuat
kan iman ku dan tenang kan hati ku yA allah...
kenapa la aku dapat bos yang tak memahami keadaan ku ini aku betul2
letih dengan situasi di tempat kerja ...
hari2 aku akan mengadu pada suami tersayang tentang keadaan aku di
pejabat terasa ingin menangis bila aku benar2 tak tahan...

ikut kan hati mau je aku berhenti keje ... aku kesian baby kat dalam perut aku nie
ikut stress & tension mcm umi dia ...

aku tak mahu terlalu ikut emosi dan aku berharap aku dapat mengawal
keadaan nie .. kalo boleh aku tak mahu baby dalam perut ikut mood yang aku lalui sekarang biar baby dalam perut aku nie sentiasa ceria dan senyum selalu...
hanya pada suami tersayang tempat aku mengadu segala masalah ku di pejabat hanya suami yang boleh menenang kan keadaan ku sekarang alhamdullah ya allah kau kurniakan aku seorang suami yang amat memahami isi hati ku ...

Tuesday, October 20, 2009

Hapy Besday Mummy mai hehehhe ....


Hapy Besday To me
hapy besday to Me
hapy Besday To mummy Mai
hapy besdaY to me......

seronoknyer hari nie BESDAY aku la heheh ...
aku tak perlukan lagi hadiah sebab aku da dapat Hadiah paling bermakna dalam hidup aku
My baby & suami tersayang yang sentiasa ada tak kire aku sedih mahupun aku gembira... hehehhe hari nie cukup baby ku berusia 14 minggu 6 hari dan mummy dia plak 25 tahun hahhahah terasa tua la plak heheh ...

tak sabar nak tunggu malam nie sebab malam nie encik suami nak belanja makan with my family nak sambut my besday la 2 hehhehe ... tak sabar nie nak makan sedap2 heheheh ...

kini aku semakin sihat ...

baby yang semakin membesar & sihat ...

mummy Baby yang semakin sihat & ceria ....

kini aku semakin bertambah-tambah sihat dan ceria keadaan ku kembali terurus seperti biasa dan aku rasa senang & bahagia dengan keadaan aku sekarang .. suami ku semakin tersenyum dengan perubahan yang amat ketara dengan keadaan ku yang sebelum ini .. makna taknyer sebelum nie da macam mak lampir dengan muka pucat dengan keadaan yang tak terurus nyer lagi mcm2 hal la ...

dan sekarang aku kelihatan Hehhehe Cantik la juga dari sebelum nie aku tgk sendiri kat cermin pon takut hahahhah ... selera makan makin bertambah dengan dasyatnyer kalo boleh nak makan je mulut nie asyik nak mengunyah je keje tak de benda lain da ...

aku harap bulan nie berat badan aku akan bertambah tak le kene marah lagi .. baby dalam perut nie pon da makin membesar perut aku pon da semakin nampak...

Thursday, October 15, 2009

alhamdullah akhirnya....

suka aku sekarang alhamdulah alahan mabuk ku beransur hilang ...
selera makan makin bertambah baik walaupun aku still makan sedikit demi sedikit
muntah still ada tak begitu kerap mcm mula2 dulu kan tapi alhamdullah ini pon da buat aku rasa
seronok sgt ... dan aku berharap sgt masuk ke bulan ke 4 alahan mabuk aku hilang dengan serta merta seronok sgt2 heheh....

penat letih still mcm biasa pening pon lebih kurang je
malas aku je makin menjadi2 sekarang nie kuat tido plak 2
asal ada masa terluang sikit mesti nak terlelap boleh dikatakan pantang nampak bantal busuk aku
je mesti nak melelapkan mata nie ehhehe ....

Monday, October 12, 2009

Open House !!!!!! juga hehhe

uiiiii aiiii tak larat da nak g open house
asyik kene paksa makan je
tgk makanan rasa nak muntah je ..
da sekarang nie ...
semalam g open house umah pakgah suami aku pon kene
paksa makan juga rasa nak menangis je ...
asal la semua nak paksa aku makan tak tahu ke tekak nie
da tak boleh nak masuk apa2 tak lalu da ....

buat Open House kat Rumah Ohhh Tidak tahun nie tak boleh nak buat bukanye apa
tak larat sapa nak masak tgk org ramai dtg rumah pon rasa cam nak pengsan sudah nie plak
nak buat Open House ohhhh TIDAK suami ku ...
dia da mula berbisik2 nak buat tak hurm cepat2 ler aku
mengeleng2 kan kepala alhamdullah dia faham keadaan isteri BoyOt dia nie kan ...

tahun depan insyallah sebab permata pertama kami da Selamat dilahir kan heheh ...
insyallah kalo murah rezeki Open House akan berlangsung dengan Meriah hehehe

Sunday, October 11, 2009

Coretan Ibu Yang BoYott heheh

sejak aku di sahkan hamil baby pertama ku ... keadaan hormon dalam badan ikut berubah banyak alahan yang terpaksa ku tanggung dan ku rasai banyak yang aku belajar dalam keadaan aku yang dikata kan agak teruk .. aku mula mengenal erti sabar dan tabah untuk menerima segala ujian dan dugaan menjadi seorang ibu walaupun kadang2 menitis juga air mata ini, dengan keadaan ku yang amat sensitive sejak2 awal kehamilan ku kesian suami ku nak bergurau pon susah heheh... itu la aku sekarang manusia paling sensitive ...

boleh dikatakan ibu hamil nie banyak betul alahan dulu aku tak berapa kisah sgt la cuaca panas sejuk tapi sekarang semuanyer berubah aku mula tak tahan dengan keadaan cuaca panas mula la nak naik pitam pening la adoiii mmg tak boleh nak tahan dengan keadaan nie time cuti kalo boleh nak rehat je kat rumah tapi terpaksa keluar sebab tak tahan duk dalam rumah panas sgt tak tahu la kenapa kawasan rumah aku 2 panas sgt ikut kan hati nak je aku duduk dalam toilet tak mau kuar2 hehehhe ...

boleh dikatakan tiap2 minggu aku akan keluar ngan suami berjalan2 dengan keadaan aku nie faham2 jela kejab2 nak cari tempat rehat letih sgt .. kadang2 kalo da boring sgt balik rumah mak aku heheh balik sana apa lagi bergolek2 la aku sebab kawasan rumah mak redup je pokok terlampau banyak da mcm hutan simpan monyet pon ada hahhahah ...

sekarang nie setiap kali keluar mesti nak tgk barang-barang baby heheh geram je ikut kan hati nak je beli semua barang2 tuk baby dalam perut nie hehehe ... tapi takper la kene sabar heheh .. beli sikit2 dulu la ...

Thursday, October 8, 2009

pening-pening!!!!!!!

pening dengan keadaan aku yang semakin DARURAT......
pening-pening... nak buat cam mana pon aku tak tahu risau kan diri sendiri & Baby yang makin membesar dalam perut aku nie ...
kenapa la susah sgt aku nak makan da mcm2 aku cuba buat supaya makan banyak2 ...
tapi still tak mujarab bile tgk makanan yang terhidang depan mata rasa mcm nak pengsan je ...
dengan tiba-tibanya aku akan melarikan diri ke toilet ... MUNTAH LA APA lagi kan ....

mak , suami adik-beradik , org terdekat da mula risau melihat keadaan aku yang agak tidak terurus ahhhhhhhhhh...
apa yang mampu ku lakukan sekarang hanya la berdoa pada mu ya allah agar aku kembali sihat seprti biasa dan baby yang ku kandung dalam keadaan sihat walafiat ...

Wednesday, October 7, 2009

Deman-selseme ...

naper la time macam nie aku kene demam selseme tido malam pun tak lena rasa mcm sesak nafas dibuatnyer dengan muntah tak berhenti lagi nie adoiiiii seksa betul ya allah kuat kan la iman aku sabar kan la hati hamba mu ini ...

macam2 hal la time aku pregnant baby first nie dugaan -dugaan ... sabar dengan tak sabar je la.. hari semakin hari aku da mula terasa penat yang amat letih tak payah cakap la ikut kan hati nak tido je keje pon da jadi malas sgt2 rasa nak je berhenti keje duk umah je ... tapi aku kene kuat kan juga tak boleh mengalah atau ikutkan sgt apa-apa pun kena la lawan juga perasaan nie ... nanti baby dalam perut nie ikut malas la juga hahhah...

kene sentiasa fikirkan benda2 yang seronok yang boleh buat aku tersenyum walaupun keadaan aku da mcm ikan masin kene salai hahhah ... banyak benda nak difikirkan nie nak shopping barang baby barang mummy baby hehhe seronoknyer rasa tak sabar2 da nie ...

first day chek-up ...

hari nie hari pertama aku buat chek-up kan klinik desa minggu yang lepas aku terpaksa berulang ke hospital sebab alahan yang melampau-lampau so dokter terpaksa pantau keadaan mummy kurus nie kan heheh ...

so kirenya hari nie first day la aku buat chek-up kat klinik desa pehhhh !!!! ingat kan aku datang terlalu awal sampai2 je kat sana da penuh dengan org weiiii pening paler makcik tgk org ramai mcm 2.. first baby la katakan seronok la juga lebih2 lagi suami tersayang dtg sekali teman tak la bosan duk menunggu sorang2 mau mati kutu dibuatnya heheh...

tunggu punya tunggu sampai la giliran Puan Maizatul akmal Kuat betul dia jerit nama aku semua org da kenal aku malunyer last2 aku buat muka poyo je la time timbang berat badan je aku kantoiii adoiii da kene ceramah ngan nuse 2 kali aku cuba timbang sebab mcm tak percaya BERAT AKU 38kg je mak aiiiiii terlampau rendah tak sesuai untuk ibu mengandung mcm aku Semak-semak paler otak aku mcm mana la aku nak naik kan berat badan aku nie bulan depan dia nak tgk plak 2 naik ke turun lagi ...

disebab kan alahan aku nie la aku jadi takut nak makan selera makan pon tak de nak makan apa-apa pun semua nampak mcm tak sedap langsung tgk pon da boleh pening paler mcm mana la aku nak makan sampai jadi mcm nie plak ... Pelik dan Teruk plak aku rasa aku mengandung nie hehhe ...

dan akhirnyer aku berjaya juga menjalani pemeriksaan alhamdullah semuanyer dalam keadaan baik termasuk la baby dalam kandungan ku yang semakin minggu semakin membesar dengan kuat dan sihat ... tapi mummy baby yang kurang sihat hahahhahah...


Sunday, October 4, 2009

Kuatnyer la alahan mabuk aku yang tak hlang2 lagi nie ...

sekarang aku sudah pon masuk bulan ketiga aku ingat alahan mabuk aku da beransur kurang tapi makin manjadi-jadi plak 2 la yang paling aku tak larat kalo muntah pening mula la adoiiii sakit badan2 nie letih sgt2 ... diri aku pon tak t'urus boleh di kata kan aku la org paling comot hhahahah time tgh Prenant nie hahhah..

rabu (7/10/2009) nie aku kene buat chek-up risau ???? bukannyer apa risau kene marah ngan dokter sebab berat badan aku bukannye makin naik makin turun mendadak da macam ikan bilis da tulang2 pon da boleh nampak hhehhehe... risau pon ada kadang2 tgk diri sendiri mcm nie .. org kurus mcm aku nie 3 bulan pon da boleh nampak perut buncit heheh adik aku yang da masuk 4 bulan pon tak nampak sgt heheh ..
Justify Full
simptom-simptom kejang & Krim memang tak boleh tahan kalo kene sakitnyer sampai boleh menangis dibuatnyer sakitnyer la.... kalo time tido pon tetibe je kene 2 lagi la tak boleh nak gerak da nak g toilet pon susah terpaksa la suami tersayang tolong papah kan hehhe .. .. sakit belakang pon lebih kurang la 2 ...

ruam panas selalunyer baby yang kene simptom-simptom ruam nie sekarang terbalik la plak mak baby yang kene ruam panas nie gatal sampai rasa nak mengaru tahap org gile pon ada ngan pedihnyer kalo kene air lagi la tak tahan je la mcm 2 kot rasanye kalo baby yang kene baby lagi la tak boleh nak garu diam je ...

mcm2 hal la aku pregnant nie hehhe kadang2 kelakar kadang2 sedih kadang2 risau .. dugaan aku pregnant anak pertama mmg menguji kesabaran dan keiman aku alhamdullah aku dapat seorang suami yang boleh terima dan sabar dengan keadaan isteri dia nie ...


Wednesday, September 16, 2009

Selamat Menyambut leBaran yang bakal tiba ...

hurm tgl 1 hari je lagi aku menjalankan tugas ku sebagai Tutor sebelum bercuti menyambut lebaran yang bakal tiba dalam beberapa hari je lagi nie heheh ... perasaan berdebar2 semakin manjadi2 plak nie tahun nie aku beraya sebagai seorang isteri dan ibu yang mengandung hehhe seronok pon ada walaupon alahan mabuk mual pening malas ku tak hilang2 tapi ku kuat kan juga semangat ku ...

raya tahun nie aku beraya di rumah ibu mertua ku di kampung sentosa semenyih... sedey pon ada tak dapat beraya pagi2 bersama ibu dan adik2 ku ... tapi yang pastinyer mlm raya aku akan tolong apa yang patut di rumah ibu alhamdullah rumah ibu mertua & ibu ku tidak mengambil masa yang lama so aku boleh la berulang alik ke rumah ibu hehhehe ...

P"- : di sini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILFITRI sekirenya ada salah kata dan bahasa ingin ku memohon maaf zahir dan batin .... lepas raya nie kita akan berjumpa lagi dengan cerita bebelan ku yang merepek je lebih nie hahhhahah


Wednesday, September 9, 2009

BAhagia ku rasa bila si kecil ku sihat ....

semalam 9/09/2009 pemeriksaan bagi2 ibu mengandung termasuk la aku nie kan heheh aku ke hospital kerana mempunyai apoiment ngan doktor untuk buat Scan .. melihat keadaan bayi ku di dalam rahim ku berada dalam keadaan sihat dan kuat alhamdullah doktor yang m'scan aku semalam memberikan berita yang amat ku nanti2 kan dengan suami yang sentiasa menemani aku alhamdullah syukur baby dalam kandungan ku berada dalam keadaan yang amat sihat dengan izin Allah bayi ku semakin membesar dan aku dapat merasa dia hadir dalam diri ku ..

tak sabar rasanyer untuk melihat dia membesar dengan cepat dan bermain2 dalam perut ku heheheh seronoknyer bahagia ku rasa dengan ada suami di sisi dan bayi yang bakal lahir tidak lama lagi ya allah besar kurnian mu ...

Wednesday, September 2, 2009

helo my Baby heheh...

bahagia ku rasa dengan hadirnya si kecil dalam rahim ku ...

ini lah dunia mu di dalam Rahim Umi jangan nakal2 yer baby ...

Tuesday, September 1, 2009

.... ^_^....

aku ingat badan ku kuat untuk berpuasa seperti org lain tapi akhirnyer sehari aku berpuasa aku di tahan wad di hospital ya allah ujian mu amat kuat untuk ku tempuhi ... doktor yang memeriksa keadaan aku malam aku di tahan wad tak izin kan aku berpuasa selama sebulan ya allah rasa ingin menitis air mata ... alhamdullah baby dalam kandungan ku selamat aku bersyukur pada mu ya allah... doktor galakkan aku makan selang 2 jam untuk menambah tenaga & zad buat baby tapi nak makan cam mana aku nie selera makan tak ada langsung rasa nak terkeluar je isi perut nie ... dugaan aku mengandung baby pertama dalam family ku mmg2 menguji kesabaran dan ke imanan aku alhamdullah suami aku sentiasa memberi sokongan & mengambil berat tentang aku dan baby dalam kandungan ku ini...

tak sabar rasanyer nak tunggu 3 bulan awal nie berlalu tak tahan rasanyer kalo mcm nie selama 9 bulan adoiiii haiii cam mana nak buat keje semua nyer tak boleh nie ... nie pon aku ambik cuti selama 15 hari kene duk hospital balik rumah tak larat nak buat apa da tidur je keje aku time mengandung nie ... nak berjalan2 shopping raya kaki nie plak tak larat nak jalan lenguh2 kebas la banyak betul masalahnyer ... kalo kuar pon kejab je la balik je kaki da sakit2 kecian kat suami aku yang terpaksa jadi tukang urut sementara heheheh ...

Tuesday, August 18, 2009

sick....

why ???? sekarang mabuk ku semakin teruk pening paler ku semakain menjadi2 berpusing2 rasanyer ... ya allah kau kuat kan la semangat ku ketiga keadaan ku begini ... selera makan aku sudah mula berkurangan hari2 mesti kene paksa baru aku makan kalo tak aku tido jela rasa badan mmg tak larat kalo bangun je mesti sakit kepala pastu muntah je tak berenti ... kalo muntah biasa2 je tak per nie sampai kejang 1 badan menahan muntah,,, kuar muntah calor kuning pahit je rasa kat anak tekak adoiiiii seksanyer 3 bulan awal nie ....

hidung nie plak makin hari makin sensitive semua bau tak boleh nak hidu mula la rasa mual pening cukup la 1 pakej time nie .... ikut kan hati da malas nak g keje tak larat sgt2 rasa nak baring je tapi apa2 pun aku kene lawan juga keadaan aku mcm nie ...

bulan puasa pun da makin hampir mcm mana la keadaan aku berpuasa ketiga mengandung nie meati banyak ragam jugak nie ... kecian la suami aku hari2 kene berbuka nasi bungkus je selama sebulan berpuasa nie ...

Thursday, August 13, 2009

mingggU Ke 4 hehehhe....

Bergini la keadaannyer hehheehh .....

Wednesday, August 12, 2009

di saat ini ...

di saat ini badan ku sudah menunjuk perubahan yang ketara di mana aku kelihatan geMUK hahhahah... rasa kelakar pon ada encik ejad suka mengejek aku sudah chuby hehehh... tapi aku still happy cuma tahap kesihatan aku kurang baik aku sering demam sakit2 badan muntah2 pening nak naik pitam pon ada gak nie mcm2 aku rasa dalam keadaan mcm nie Encik ejad amat perihatin terhadap isterinyer yang makin CUmil nie heheh...

selera makan aku pon kurang baik cam mana aku nak makan tak lalu rasanyer nak telan .. kalo tak makan kecian plak si kecil dalam perut aku nie ... paksa juga la makan walaupun rasa nak terkeluar je isi perut nie ...

sekarang semua kerja-kerja rumah encik ejad yang akan urus kan dari segi membasuh mengemas menyapu rumah semua dia yang uruskan ... mana taknyer isteri dia yang cumil nie da tak larat nak buat semua kerja-kerja rumah heheh nak memasak pon da tak boleh nampaknyer hari2 la makan kat luar je nesi bungkus heheheh...

Tuesday, August 11, 2009

Syukur alhamdullah kini aku sah membawa si kecil dalam rahim ku ...

ya allah aku amat bahagia dengan berita yang ku terima semalam aku bersyukur dengan nikmat mu ya allah ... kini aku berbadan dua bahagianye aku rasa .. tak tahu la kenapa semalam tergerak juga hati ini melangkah ke klinik untuk buat pemeriksaan berita yang aku terima alhamdullah buat aku dan suami orang yang paling bahagia .. dan dalam masa yang sama si kecil dalam perut aku nie hadiah yang paling bermakna buat suami tersayang 16 Ogos 2009 adalah hari jadi suami ku' ini hadiah paling bermakna buat suami ku ....

tak sabar rasanya menunggu si kecil membesar dengan sihat dan cergas dalam perut ku.. tak sabar rasanya ingin membeli barang2 keperluan si kecil yang bakal lahir tidak lama lagi ... ya allah sesungguhnya aku bahagia ...

tahun depan nampaknyer ibu ku bakal menerima cucu sekaligus 2 org hehheh penat la dia menjaga anak2 dia dan cucu2nyer nie hehehhehe...

Sunday, August 9, 2009

Sakittt...

aku tak tahu la kenapa dengan aku sekarang nie asyik tak sihat je Paler aku nie tak payah nak cakap la sakit jer memanjang tekak plak mual2 je rasa nak muntah je perut plak rasa tak selesa selera makan aku aku makin berkurangan hidung nie plak sensitive sgt asal ada bau yang pelik je mula la pening & muntah2 tak berenti .... inie yang buat aku rasa stress sgt letih tak payah cakap la dah la keje aku hari2 membebel je keje tapi disebab kan badan nie tak sihat aku kurang kan la keje membebel .. ikutkan hati da malas nak keje sebab aku betul2 tak larat kalo boleh aku nak baring je Atas katil di situ je la tempat aku merehat kan diri aku yang kurang sihat ini ...

alhamdullah lah aku punyai seorang suami yang memahami keadaan diri ku sekarang nie yang hari2 dalam keadaan yang agak lemah dalam erti kata aku tak larat nak buat keje apa2 pon kadang2 menitis juga air jenih ku melihat keadaan diri ku sekarang nie ..

untuk ke klinik aku terlalu takut perasaan ini sering menggangu diri ku ini puas suami ku memujuk insyallah kalo aku da bersedia dari segala segi kaki ini akan melangkah ke klinik jugak akhirnya...

ada yang kata aku sudah berisi (mengandung) kalau ada alhamdullah aku & suami org yang paling bahagia dalam dunia nie siapa yang tak ingin punya zuriat sendiri .. tapi aku ingin kan kepastian .. ya allah kau tabah kan lah hati ku dan suami ku segala keputusan yang akan ku terima amin ....

Thursday, August 6, 2009

Persandingan Putih merah ku ....




Nakal ek Hahheheheh... kan da kene tarik telinga ....






tgk lah aksi dua beradik nie naik pelamin hahahha Gedik Betul hahah tapi seronoknyer hahha
aksi sepasang suami isteri muahhhh

akak sayang Emak muahhhhh

inilah aksi2 yang sempat di rakam oleh kak Marinie tgk la muka minah sebelah 2 asal boleh jer dia nak pos tau hahhahaha
sayang Dia muahahhaha
sampai la acara potong kek hahahah hancur kek 2 dikejekan suami i

sempat plak nak pos perut time nie da laPor gIler tak boleh tahan da nie hahhaha
lauk di depan mata sgt menyelerakan hahhaha



pertama kali kaki ku melangkah ku ukir senyuman buat suami tersayang ...