Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Tuesday, February 16, 2010

Mcm tak percaya ??? Betul ke nie...

cuti semperna menyambut tahun baru cina nie aku ambik kesempatan untuk balik ke rumah pak long selama 3 hari aku disana merehat kan diri & minda aku dari segala masalah yang ada dalam paler otak aku nie... seronok dapat berkumpul ramai2 mak adik2 dan makcik2 aku lama sgt tak balik sana terasa seronok sgt .. bila balik sana aku mula kan aktiviti yang dirancang emak & makcik aku untuk membuat majlis lenggang perut untuk anak sulong aku, ya allah malunyer aku berkemban time 2 tak tahu nak cakap apa rasa nak tergelak sampai sakit perut aku hahahhaha mana taknyer aku ingat tak ada yang tgk sekali tgk semua menunggu untuk menengok aksi aku yang tak sudah nie suami aku pun sama la time 2 la dia mengelakkan bini dia yang tgh kesejukkan last2 aku tak boleh nak bangun sebab terlampau sejuk apa lagi bahagian peha ngan kaki aku tak dapat bergerak akhirnya suami aku yang terpaksa mengangkat bini dia yang Cumil nie hahahha ..

lepas mandi2 nenek 2 cakap insyallah baby ku PEREMPUAN heheh senyum meleret la aku nie hahah .. sampai la ke aktiviti terakhir iaitu mengurut untuk membetul kan kedudukkan baby ku betul sangkaan aku nenek yang memberitahu aku yang baby ku tak duduk dalam keadaan yang sepatutnye terpaksa la aku menahan sakit semasa sesi mengurut perut aku nie tak dapat aku nak bayangkan sakitnye ... selesai mengurut adu haiiiii leganyer la rasa dalam hati nenek 2 siap bagi tahu lagi kamu nie bukan 7 bulan tapi da masuk 8 bulan tak lama lagi nak bersalin da mcm tak percaya je aku bila dengar nenek 2 cakap aku da 8 bulan mau 3 kali aku ulang betul ke nek da 8 bulan nie bukan baru masuk 7 bulan lebih ke nek betul nenek 2 cakap 8 bulan da kamu nie cuba tgk perut kamu nie da turun kebawah da nie baby kamu pun da turun nie ..

mula perasaan berdebar2 semakin menjadi2 bulan depan je aku nak menanti saat2 kelahiran baby dalam perut nie ... nasib baik la aku da siap kan semua barang2 keperluan aku & baby tak la pening paler .. aku dinasihat untuk banyak merehatkan diri jgn terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang ada emak aku siap suruh ambik cuti awal lagi untuk berehat di rumah .. suami aku mengalakkan lagi sebab dia tgk aku da tak larat sgt sekarang semakin sarat dia cakap risau je hehehe ...

walaupun sekarang nie aku semakin terasa semakin berat untuk bergerak tapi aku suka berjalan heheh tak tahu la naper walaupun penat sgt mesti nak berjalan jugak kadang2 sampai kene marah je dengan emak & suami & emak mertua aku heheh .. tapi kalau betul2 da tak larat nak berjalan baru la aku tido heheh dalam erti kata merehatkan diri heheh ..

yg merisaukan aku sekarang nie HB aku yang kurang memuas kan hati mana2 pihak pun siap kali aku makan ubat tambah darah yang dibekalkan pihak hospital aku mesti muntah tak henti2 dari pagi sampai la malam kadang2 sampai aku tak mampu nak mengerakkan badan sendiri sebab terlalu letih ... minggu depan nie aku ada date untuk perjumpaan dengan dokter plak semak paler otak rasa tak ingin langsung nak pergi tapi suami aku paksa juga ..

Wednesday, February 10, 2010

Ya allah aku ingat da berakhir mabuk ku kembali lagi di saat bulan terakhir ini ....

aku tak dapat nak bayang kan keadaan aku waktu ini aku semakin rasa badan aku tak berapa nak sihat aku ingt bila da masuk bulan terakhir nie aku dapat rasa lega tapi tekaan aku meleset mabuk yang ku sangka hilang pergi akhirnye kembali lagi ya allah tak sanggup ku rasa setiap kali mabuk itu datang menyerang terasa seakan nak tercabut urat-urat yang ada di seluruh badan aku nie .. fobia pada bau-bau yang wangi pun dtg balik aduhhhhh naik semak paler otak bila di fikirkan balik nie yang buat aku tak sabar2 nak tunggu si kecik dalam perut aku nie kuar cepat-cepat kalau boleh kuar la hari nie yer hehehhehe ..
dugaan & ujian datang selih b/ganti apa yang aku mampu buat berdoa dan bersabar pasti ada hikmah disebalik ujian yang diberi kan pada aku saat nie.. tapi aku tak mampu untuk menyeka air mata aku dari terus mengalir saat ini yang perasaan sedih mula datang dengan tiba-tiba rasa kesian sgt pada si kecil dalam perut nie ..
tapi dalam masa yang sama aku tahu si kecil dalam perut aku nie memahami keadaan umie dia, sentiasa memberi respon yang amat baik semakin lincah duduk dalam perut nie kadang2 sampai umie dia tak boleh nak tidur dibuatnya heheh ... rasa bahagia tak sabar rasanya & aku berharap sgt saat2 aku melahirkan nanti semua berjalan dengan lancar dan si kecil berada dalam keadaan sihat... Amin...

Thursday, January 28, 2010

scan kali ke 2 ..

baby da 31 minggu 6 hari hehehe


semalam aku mengalami sakit perut yang tahap melampau sehingga aku tidak dapat bangun untuk pergi ke office ejad tak izin kan aku pergi kerja sebab keadaan ku yang amat lemah ini adalah gara2 minum AIR REBUSAN KURMA CHINA sehingga aku tanggung akibatnya, kesannya masih ku rasa sehingga hari ini kelapa ku hampir pecah menahan sakitnya tak ingin lagi ku minum air iTU, tak dapat ku bayangkan mcmmana la keadaan anak ku dalam perut waktu aku di serang sakit perut semalam boleh dikatakan anak ku tak henti2 bergerak menandakan dia kurang selesa sehingga la sakit perut aku beransur hilang baru la anak ku berhenti bergerak " kecian sayang ummi terpaksa merasa sakit seperti ummi maaf kan ummi yer sayang" tak henti2 aku memujuk supaya anak ku bersabar & aku berjanji tak akan minum lagi air tu!!!!!

husband aku pun mula risau bila aku kata badan aku lemah sgt nak angkat kepala sendiri pun mcm ada batu besar kat atas kepala, dia plak tak dapat nak jaga sebab terpaksa pergi kerja nak ambik cuti tak ada org ganti tempat dia tapi dia still cuba untuk balik awal tgk keadaan aku dalam ms yang sama dia tak henti2 call tanya kan keadaan wife & baby dia nie da naik penat asyik duk angkat fon je nak cakap pun suara da tak mau kuar2 da hehehhe...

bila keadaan da beransur ok tergerak plak hati nie nak tgk keadaan baby maybe sebab aku terlalu risau kan dia kot dalam masa yang sama aku mmg nak g jumpa dokter alang2 baik buat 1 kerja je kan g chek-up & scan untuk kali ke 2 hehhe hati nie sering tertanya2 mcmmana la baby ummi hari nie kan sihat ke tak heheh..

Tak dapat ku gambarkan perasaan gembira tak terkata sehingga hampir menangis bila melihat baby berada dalam keadaan sihat first scan baby ku berada dalam keadaan songsang semalam scan baby sudah pandai memilih tempat yang paling selamat buatnya kepala berada di bahagian bawah kaki di atas patut la kuat sgt tendang kaki kat atas da yer baby hehhe ..

babah happy sgt semalam sampai nak tido malam pun asyik terbayang2 je alhamdullah aku bersyukur sgt2 amin...

ingatkan tak nak tanya tapi dokter da tercakap akhirnya terjawab sudah teka-teki my baby Boy or gurl hehhe .... alhamdullah perasaan ku selama ini benar2 belaka baby dalam kandungan ku adalah baby gurl tak terkata lagi da happy sgt, nampaknyer belah family husband ada juga dapat cucu perempuan pecah record la kali nie yehhhhh ... so lepas nie boleh la aku borong barang2 baby gurl heheheh tak sabar rasanya nak beli baju baby gurl i'm so happy ..

sekarang aku da masuk minggu 31 6 hari dokter siap bagi tarikh aku bersalin lagi 26/3/2010 mcm tak percaya je betul ke ????? kalau betul tgl 2 bulan je la nie ...

Tuesday, January 26, 2010

Persiapan ku di saat 3 bulan terakhir...

bila da masuk 7 bulan nie mcm2 nak di buat mcm2 nak difikirkan ada yang menyeronokkan ada juga yang menakutkan??? yang bestnya dapat merasa anak ku dalam kandung ini semakin cerdik & lasak, dalam masa yang sama seronok sgt dapat buat persiapan untuk ahli baru dalam keluarga aku yang nak kata besar tak besar la kan hehhe baby ummi & babah tak sabar sgt nak dengar tangisan pertama baby selepas lahir nanti ... " wahhhh bahagianya aku "


mula kan aktiviti mengemas2 barang buat anak ku & diri ku sendiri rasa tak sabar2 nak pack semua barang2 untuk di bawa ke hospital tapi pening la apa yang penting je kan kene bawa heheh

Barang-barang baby:-

1. baju baby dalam beberapa helai (semua lengan panjang cian baby sejuk plak nanti kan )
2. kain lamping baby
3. pampers new born
4. minyak telon ( wajib bawa )
5. minyak baby (ada yang kata mesti kene bawa)

Barang-barang Ummi:-

1. kain batik
2. baju T (wajib bawa nie)
3. tuala wanita (heheh faham2 sendiri da le)
4. stokin (supaya tak masuk angin )
dan seakatan dengannya ...


pilihan jamu untuk lepas bersalin pun da kene fikir da nie tak tahu la aku nie sesuai makan apa? pening gak kepala otak aku duk fikir kan benda2 remeh nih .. kalau ikut mak aku dia suruh je aku beli jamu MUSTIKA RATU sebab da komplet semua dalam 1 je mak aku cakap la kan kang kalau tak beli sudah semestinya la aku nie kene membebel ... bila tanya ejad dia tak kisah yang penting aku sihat makan je la apa yang mak cakap 2 mesti ok punya hehhe ..

sebelum nie ada yang tanya ada minum apa2 tak untuk tambah kan air susu badan heheh biler dengar je aku da tergelak Besar adoiiii kelakar la plak huhuhuhu.... aku cakap jela tak ada pun nie pun aku tak tahu susu badan aku nie banyak ke sikit cam pelik je aku rasa la bagi tahu kat ejad sengih je la orang tua 2 heheh ...

bila da masuk 7 bulan nie semua da nasihat kan aku untuk buat persiapan awal simpan dalam kereta kalau ada apa2 senang terus pergi hospital je .. bila diorang cakap mcm 2 takut la plak mula la terfikir yang bukan2 adoiii semak betul la... aku sentiasa berdoa semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna amin...






Sunday, January 24, 2010

bermula saat 3 bulan terakhir ...

perasaan yang dapat ku gambarkan buat masa ini adalah kegembiraan aku menjadi seorang ibu yang sarat hamil anak sulongnya .. akhirnya aku masuk ke 3 bulan terakhir saat nie aku dapat merasa perubahan yang amat ketara di dalam diri aku, tak dapat ku bayang kan bila perasaan cemas & berdebar2 datang dengan tiba-tiba seakan ingin tercabut jantung dari tubuh ku ini.. dalam keadaan ini juga kadang-kala aku menjadi sesak nafas dengan tiba-tiba, dengan keadaan badan ku yang semakin letih tido malam pun aku tak tahu nak cakap mcm mana lagi hurmmm mengereng ke kiri tak kene mengereng ke kanan tak kene baring telentang pun pinggang boleh sakit nak tido menongeng mcmmana plak 2 kan hahha itu la pengalaman yang paling bermakna saat 3 bulan terakhir ..

orang cakap saat2 3 bulan terakhir nie aku di galakkan banyak berjalan & bergerak (senang nak bersalin nanti ) adoiiii hai bila dengar mcm 2 je rasa nak menangis pun ada, baru berjalan sikit aku da mula merungut sakit kaki cam mana nak berjalan lama2 nie .. buat keje kat office pun da cukup memanat kan aku dengan kerenah student mcm2 hal la ... yang pasti aku tak punya waktu untuk merehatkan diri sendiri ikut kan hati nak je aku lari dari semua keje-keje yang memenatkan & meletihkan aku ...

tak sabar rasanya nak tunggu cuti tahun baru china nie rasa nak ambik cuti lama sikit balik rumah pak long dapat la rehat2 kan badan nie dalam masa yang sama untuk buat majlis melengang perut untuk baby sulung aku nie... tak sabar plak rasanya ..



Tuesday, January 12, 2010

Perasaan Malas mula Menggangu...

sejak akhir2 nie aku semakin sibuk dengan kerja-kerja di pejabat & Class student baru semakin ramai mendaftar masuk ke kelas aku adoiii letihhh sgt bila da mula sibuk dengan class semakin hari aku semakin bertambah letih& lesu terpaksa jua la aku kuat kan hati untuk meneruskan kerja-kerja aku ni...

keadaan aku plak boleh dikatakan semakin Sarat dengan Perut yang memBOyot pergerakkan semakin terbatas kalau terlebih aktif aku bekerja mula aku mengalami sakit bawah perut yang amat sgt bahagian pinggang pun ikut la sakit berdenyut2 je rasanya .. kawan2 family Yang penting sekali my lovely Husband selalu bagi nasihat supaya jangan terlalu sibuk dengan kerja-kerja yerla sekarang nie badan semakin tak kuat mcm dulu ...

dan sejak akhir-akhir ini juga perasaan malas semakin menjadi-jadi kalau badan da letih nak buat apa-apa pun rasa tak bergerak rasanya badan aku nie ... kerja-kerja rumah sepenuhnya husband aku yang lakukan wife dia nie tak larat da nak buat, balik kerja je kalau boleh nak baring & berkurung je dalam bilik , tapi tak ler sampai tak bergerak langsung hehehhe kadang2 aku kecian plak kat husband aku nie semua keje dia yang buat " untuk buat keletihan suami ku hilang aku akan memasakkan sesuatu yang paling dia suka walaupun aku tak berapa larat nak memasak aku redah je la hehhe untuk husband tersayang apa salahnya muak da asyik makan luar je kan heheh "

dalam keadaam mcm nie aku rasa seronok sgt bila dapat rasa perasaan ibu hamil, perasaan berborak dengan baby dalam kandungan, dapat rasa tindak balas baby setiap di perkata kan padanya seakan dia mengerti apa jua yang berlaku di sekelilingnya , perasaan nih yang paling indah saat aku mengandung walaupun kadang2 aku sedih dengan keadaan ku yang mengalami masalah darah tapi bila ku lihat baby bergerak hilang segala masalah beban yang ku tanggung kadang2 aku akan menyelak baju ku sendiri untuk lihat baby bergerak dalam masa yang sama aku mesti ketawa rasa seronok sgt ..


Sunday, January 3, 2010

Lenggang perut hu2

dulu aku tidak mengerti langsung maksud lenggang PErut aku ingat kene berguling2 rasa kelakar bila teringat pasal lenggang perut nihhh hahahaha geli perut aku .. tapi bila di terangkan oleh ibu kesayangan ku lenggang perut nihhh sebenarnya apa baru la aku mengerti maksudnyer tak ler aku rasa pelik lagi kan mana taknyer kalau 7 bulan aku kene berguling2 mau pengsan aku jadinya sekarang nie pun aku da terasa sakit bahagian pinggang yang amat sgt waktu tidur aku pun asyik tertanggangu je duduk lama2 pun boleh sakit nih plak nak berguling2 hahahha mcm2 hal ...
insyallah akhir bulan nihhh baby dalam kandungan ku akan cukup usianya 7 bulan 7 hari bertambah seronok bila dengar baby umi samakin membesar walaupun umi mu ini mengalami kekurangan darah yang amat kritikal buat masa ini umi akan cuba sedaya upaya untuk menjaga mu dalam kandungan umi dengan baik insyallah sayang ... dan insyallah kita akan berjalan ke Johor bharu segamat heehhe untuk buat lenggang perut buat baby mak cakap lenggang perut nih aku akan di mandi kan depan pintu dan mandi bunga ke wahhhh bestnyer ada orang mandi kan lepas 2 nenek 2 akan mengurut perut aku untuk melihat kedudukkan baby & membetulkan kedudukkan baby dalam perut aku nihhh supaya baby berada di tempat yang sepatutnya insyallah senang bersalin kelak tak ada masalah & orang tua2 cakap lenggang perut nih untuk menolak bala insyallah & lenggang perut nih hanya buat untuk anak sulong je time kandungan masuk cukup tujuh bulan ... aku rasa tak sabar plak nak buat lenggang perut nihhhh mesti best punya la... pengalaman baru nihhh ...
siap semua sesi lenggang perut boleh la nak g shopping plak kat pekan Segamat yehhhh besttttnyer dapat jalan2 haahha mesti banyak yang nak diborong nihhh lama giler tak balik rumah pak long sejak kawin nih dan sejak berbadan dua nihhh insyallah keadaan aku sihat2 je ...

Tuesday, December 8, 2009

Scan..

semalam lepas check-up je aku terus buat scan kat klinik swasta perasaan pertama yang ku rasa melihat baby ku bergerak aktif sebak , bahagia , happy , seronok ... ejad senyum senyum rasa cam leh sampai ke telinga hehehe.. punya la suka ejad tgk baby dia bergerak siap main tendang2 lagi dalam perut umi dia nie heheh .. tak dapat aku nak bayangkan perasaan melihat jantung dia bergerak aktif .. rasa puas dapat melihat dia membesar dengan cepat dan sihat ...

dokter cakap baby belum berpusing lagi kepala kat atas kaki kat bawah 2 yang suka betul dia tendang kat bahagian bawah 2 rasa nak terkencing je biler dia main tendang2 tak berhenti .. aku & ejad dapat tgk dengan jelas keadaan baby dalam perut aku ya allah besar kuasa mu aku bersyukur kerana baby ku sihat...

walaupun tak dapat tgk baby gurl Or boy sebab baby tgh best duduk sambil kaki dia menutup bahagian tertentu hehehhe rasa nak tergelak je bile dokter cakap baby u main sorok2 la hahhaha.. apa yang penting aku dapat tahu keadaan baby sihat itu pon aku dan ejad da cukup bersyukur alhamdullah ...

insyallah bile baby da masuk usia ke 7 bulan hasrat hati ingt nak buat scan 3D plak heheh .. mesti lagi buat hati ku berbunga2 hahahhah

Monday, December 7, 2009

Check-up & scan For 5 month hheheh




hureyyyyyyy aku happy sgt nak g check-up & scan esok 8 december 2009 ..
seronok betul rasa di hati ku ini heheheh ejad pon happy sgt sebab aku happy dan sentiasa senyum hehhe baby pon senyum-senyum dengan cUmelnyer dalam perut umi dia yang makin membesar nie hahha...

alhamdullah aku da semakin sihat & happy Ceria heheh dan dapat merasai perasaan seorang ibu yang hamil ....
yang seronoknyer dapat makan dengan puas2nyer wahhhh seronoknyer cakap je nak makan apa mesti dapat heheheh itu la keistimewaan yang tak dapat aku nak bayangkan betapa seronoknyer menjadi ibu hamil nie lebih2 lagi alahan aku semakin baik hehheh
ejad plak tak pernah membantah apa je aku nak makan dia bagi janji aku makan dan Sihat kalo dulu bukan main susah nak makan sampai kene paksa nangis2 baru nak makan tapi sekarang TIDAK LAGI heheheh....

tak sabar nak scan esok nak tgk baby kesayangan umi dalam perut nie buat apa dalam perut umi asyik tak mau duk diam je .. and nak bagi ejad tgk sendiri baby dia dalam perut aku nie membesar heheh..

Thursday, October 15, 2009

alhamdullah akhirnya....

suka aku sekarang alhamdulah alahan mabuk ku beransur hilang ...
selera makan makin bertambah baik walaupun aku still makan sedikit demi sedikit
muntah still ada tak begitu kerap mcm mula2 dulu kan tapi alhamdullah ini pon da buat aku rasa
seronok sgt ... dan aku berharap sgt masuk ke bulan ke 4 alahan mabuk aku hilang dengan serta merta seronok sgt2 heheh....

penat letih still mcm biasa pening pon lebih kurang je
malas aku je makin menjadi2 sekarang nie kuat tido plak 2
asal ada masa terluang sikit mesti nak terlelap boleh dikatakan pantang nampak bantal busuk aku
je mesti nak melelapkan mata nie ehhehe ....

Sunday, October 11, 2009

Coretan Ibu Yang BoYott heheh

sejak aku di sahkan hamil baby pertama ku ... keadaan hormon dalam badan ikut berubah banyak alahan yang terpaksa ku tanggung dan ku rasai banyak yang aku belajar dalam keadaan aku yang dikata kan agak teruk .. aku mula mengenal erti sabar dan tabah untuk menerima segala ujian dan dugaan menjadi seorang ibu walaupun kadang2 menitis juga air mata ini, dengan keadaan ku yang amat sensitive sejak2 awal kehamilan ku kesian suami ku nak bergurau pon susah heheh... itu la aku sekarang manusia paling sensitive ...

boleh dikatakan ibu hamil nie banyak betul alahan dulu aku tak berapa kisah sgt la cuaca panas sejuk tapi sekarang semuanyer berubah aku mula tak tahan dengan keadaan cuaca panas mula la nak naik pitam pening la adoiii mmg tak boleh nak tahan dengan keadaan nie time cuti kalo boleh nak rehat je kat rumah tapi terpaksa keluar sebab tak tahan duk dalam rumah panas sgt tak tahu la kenapa kawasan rumah aku 2 panas sgt ikut kan hati nak je aku duduk dalam toilet tak mau kuar2 hehehhe ...

boleh dikatakan tiap2 minggu aku akan keluar ngan suami berjalan2 dengan keadaan aku nie faham2 jela kejab2 nak cari tempat rehat letih sgt .. kadang2 kalo da boring sgt balik rumah mak aku heheh balik sana apa lagi bergolek2 la aku sebab kawasan rumah mak redup je pokok terlampau banyak da mcm hutan simpan monyet pon ada hahhahah ...

sekarang nie setiap kali keluar mesti nak tgk barang-barang baby heheh geram je ikut kan hati nak je beli semua barang2 tuk baby dalam perut nie hehehe ... tapi takper la kene sabar heheh .. beli sikit2 dulu la ...

Thursday, October 8, 2009

pening-pening!!!!!!!

pening dengan keadaan aku yang semakin DARURAT......
pening-pening... nak buat cam mana pon aku tak tahu risau kan diri sendiri & Baby yang makin membesar dalam perut aku nie ...
kenapa la susah sgt aku nak makan da mcm2 aku cuba buat supaya makan banyak2 ...
tapi still tak mujarab bile tgk makanan yang terhidang depan mata rasa mcm nak pengsan je ...
dengan tiba-tibanya aku akan melarikan diri ke toilet ... MUNTAH LA APA lagi kan ....

mak , suami adik-beradik , org terdekat da mula risau melihat keadaan aku yang agak tidak terurus ahhhhhhhhhh...
apa yang mampu ku lakukan sekarang hanya la berdoa pada mu ya allah agar aku kembali sihat seprti biasa dan baby yang ku kandung dalam keadaan sihat walafiat ...

Wednesday, October 7, 2009

first day chek-up ...

hari nie hari pertama aku buat chek-up kan klinik desa minggu yang lepas aku terpaksa berulang ke hospital sebab alahan yang melampau-lampau so dokter terpaksa pantau keadaan mummy kurus nie kan heheh ...

so kirenya hari nie first day la aku buat chek-up kat klinik desa pehhhh !!!! ingat kan aku datang terlalu awal sampai2 je kat sana da penuh dengan org weiiii pening paler makcik tgk org ramai mcm 2.. first baby la katakan seronok la juga lebih2 lagi suami tersayang dtg sekali teman tak la bosan duk menunggu sorang2 mau mati kutu dibuatnya heheh...

tunggu punya tunggu sampai la giliran Puan Maizatul akmal Kuat betul dia jerit nama aku semua org da kenal aku malunyer last2 aku buat muka poyo je la time timbang berat badan je aku kantoiii adoiii da kene ceramah ngan nuse 2 kali aku cuba timbang sebab mcm tak percaya BERAT AKU 38kg je mak aiiiiii terlampau rendah tak sesuai untuk ibu mengandung mcm aku Semak-semak paler otak aku mcm mana la aku nak naik kan berat badan aku nie bulan depan dia nak tgk plak 2 naik ke turun lagi ...

disebab kan alahan aku nie la aku jadi takut nak makan selera makan pon tak de nak makan apa-apa pun semua nampak mcm tak sedap langsung tgk pon da boleh pening paler mcm mana la aku nak makan sampai jadi mcm nie plak ... Pelik dan Teruk plak aku rasa aku mengandung nie hehhe ...

dan akhirnyer aku berjaya juga menjalani pemeriksaan alhamdullah semuanyer dalam keadaan baik termasuk la baby dalam kandungan ku yang semakin minggu semakin membesar dengan kuat dan sihat ... tapi mummy baby yang kurang sihat hahahhahah...


Sunday, October 4, 2009

Kuatnyer la alahan mabuk aku yang tak hlang2 lagi nie ...

sekarang aku sudah pon masuk bulan ketiga aku ingat alahan mabuk aku da beransur kurang tapi makin manjadi-jadi plak 2 la yang paling aku tak larat kalo muntah pening mula la adoiiii sakit badan2 nie letih sgt2 ... diri aku pon tak t'urus boleh di kata kan aku la org paling comot hhahahah time tgh Prenant nie hahhah..

rabu (7/10/2009) nie aku kene buat chek-up risau ???? bukannyer apa risau kene marah ngan dokter sebab berat badan aku bukannye makin naik makin turun mendadak da macam ikan bilis da tulang2 pon da boleh nampak hhehhehe... risau pon ada kadang2 tgk diri sendiri mcm nie .. org kurus mcm aku nie 3 bulan pon da boleh nampak perut buncit heheh adik aku yang da masuk 4 bulan pon tak nampak sgt heheh ..
Justify Full
simptom-simptom kejang & Krim memang tak boleh tahan kalo kene sakitnyer sampai boleh menangis dibuatnyer sakitnyer la.... kalo time tido pon tetibe je kene 2 lagi la tak boleh nak gerak da nak g toilet pon susah terpaksa la suami tersayang tolong papah kan hehhe .. .. sakit belakang pon lebih kurang la 2 ...

ruam panas selalunyer baby yang kene simptom-simptom ruam nie sekarang terbalik la plak mak baby yang kene ruam panas nie gatal sampai rasa nak mengaru tahap org gile pon ada ngan pedihnyer kalo kene air lagi la tak tahan je la mcm 2 kot rasanye kalo baby yang kene baby lagi la tak boleh nak garu diam je ...

mcm2 hal la aku pregnant nie hehhe kadang2 kelakar kadang2 sedih kadang2 risau .. dugaan aku pregnant anak pertama mmg menguji kesabaran dan keiman aku alhamdullah aku dapat seorang suami yang boleh terima dan sabar dengan keadaan isteri dia nie ...