Wednesday, December 30, 2009

Bermula lah tahun baru yang penuh dengan Cerita-cerita yang baru ...

Selamat menyambut tahun baru yang bakal menjelang tidak lama lagi setiap kali tahun baru menjelang pasti ada azam baru atau pun niat2 baru yang ingin dilakukan heheh tak lebih kurangnyer mcm aku nie hehe tahun baru nie banyak memberi makna buat diri ku ejad dan ahli keluarga, tahun baru ini juga yang bakal menjadi kan aku seorang ibu buat anak sulung ku yang bakal lahir hanya beberapa bulan je lagi.

azam tahun baru ingin menjadi yang lebih baik dari yang sebelumya ingin menjadi isteri yang mendengar kata & ibu yang baik buat my litte junior hehhe ... insyallah tahun baru ini akan lebih bermakna dari yang sebelumnya.. dalam masa yang sama tahun baru ini ibu ku bakal menimang cucu 2 orang sekali gus heheh seronok sgt bila tgk ibu ku sentiasa tersenyum walaupun arwah abah sudah hampir 2 tahun pergi meninggal kan kami semua semua kenangan arwah abah sentiasa berada dalam ingatan. terasa rindu bila teringat kan arwah....

tak sabar rasanya ingin mendengar cerita-cerita yang menarik tahun baru nihhhh mesti meriah & gempak punya la pembaharuan akan bermula hahhah seronoknya kalau dulu aku akan menyambut tahun bersama ahli keluarga tapi kali ini aku akan menyambut tahun baru dengan suami tersayang Tak lupa juga Baby yang semakin aktif dalam perut aku niihhhh umi tak lupa dia sayang hehheh "SELAMAT TAHUN BARU MY LOVELY HUSBAND & MY LOVELY LITTE BABY" tapi lebih elok aku duduk rumah je malam tahun baru nih lebih selesa & aman heheh kalau keluar gerenti dengan jalan jem sesak ngan orang ramai lagi adoiii semak paler otak aku buat aku & baby letihhh je kalau duk rumah dapat merehat-rehatkan diri aku yang sering keletihan nihhhh


Monday, December 28, 2009

jauh kan diri ini dari demam

aku tak sanggup sekiranya aku demam jauh kan dari aku
tapi sekarang aku seakan mau di serang demam ohhhh tidak
terasa sakitnya kepala ini
terasa tekak ini pahit tidak lalu untuk menjamah makanan
terasa sakit badan2 ku ini ..
terasa seakan mau muntah mengeluarkan semua isi perut ini
ahhhhhh ....

Sunday, December 27, 2009

tahun 2009 my sweet memory...

tahun 2010 bakal tiba hanya dengan beberapa hari sahaja & perginyer 2009 dengan cerita-cerita yang indah banyak kenangan yang tak mungkin dapat aku lupa kan tahun 2009 "you the Best year" sedih , gembira, happy , teruja & mcm2 perasaan cukup untuk ku kumpul semuanyer untuk tahun 2009,

~tahun 2009 aku bergelar seorang isteri kepada encik NORHAIZAD NORDIN & pada tahun yang sama hanya selang sebulan aku di sahkan hamil 4 minggu (1 bulan) dalam masa aku di sahkan hamil aku mengalami alahan mabuk yang amat teruk tak dapat aku bayangkan keadaan aku waktu itu selama 4 bulan lebih aku terpaksa menanggung keadaan mabuk yang buat aku betul2 seakan serik untuk mengandung tapi dengan sokongan suami & family kedua2 belah pihak aku kuatkan hati ku untuk menempuh segalanya hanya buat anak sulung aku & ejad yang bakal lahir 16~april~2010 tahun depan

bila kandungan masuk 4 bulan lebih keadaan ku beransur pulih selera makan mula bertambah dengan baik.. dalam masa yang sama aku tidak dapat lupa kan tendangan pertama baby itu adalah tendangan pertama yang aku rasa & seterusnya tak dapat nak aku gambarkan perasaan aku bila baby berikan aku reaksi yang amat baik walaupun keadaan aku saat itu tidak berapa baik & sihat aku mengalami masalah tekanan darah terlalu rendah dalam masa yang sama aku sering pitam ...

bila kandungan ku masuk 5 bulan baby semakin aktif dengan berat badan aku yang naik mendadak 4.5 kilo dalam masa sebulan pehhhh mcm tak percaya mana taknye asyik minta makan je heheh perut nie sentiasa lapar, kalau nak makan je mesti nak PIZZA la , KFC la , MCD, mcm2 g yang aku nak makan kalau sebelum nie bukan main alah bau pon tak boleh tapi sekarang itu la yang aku sering nak makan kalau tak dapat je mula la aku menangis hahhaha takut2 baby kuar je anti ikut peragai aku yang kuat menangis nie plak sudah ...

sekarang kandungan ku sudah pun masuk 6 bulan aku dapat rasa pembesaran baby, dalam keadaan nie aku semakin terasa letih , penat , adakala aku rasa tak larat nak bangun mood sensitive aku pun mula menjadi2 kecian ejad terpaksa melayan kerenah aku mcm nie ~ baby semakin aktif bergerak aku dapat rasa baby berpusing dengan baik menukar kedudukkan dari kepala di atas turun kebawah lebih sesuai kadang2 risau jugak kalau2 baby tak mau pusing kebawah akhirnya aku rasa amat lega sgt sebab dapat rasa baby berpusing dan dapat rasa kepala baby di bahagian bawah .

bila baby da semakin aktif tido malam aku mula terganggu terasa letih sgt2 masuk je waktu aku nak tido baby mula la buat keje dia dalam perut umi dia nie bila di suruh tido tak mau dengar lagi kuat dia main best sgt yer duk main dalam perut umi nie sampai umi tak boleh nak tido lena da sekarang nie, babah dia asyik tgk bola je baby pun ikut suka menendang plak da sekarang nie kuat plak 2 sampai sakit2 da pinggang aku nie. babah asyik cakap nie mesti baby boy kan kuat tendang kalau ikut babah tgk bola nie heheh Sabar je la aku dengar Babah dia cakap cam 2 aku tak kisah baby boy Or Gurl yang penting baby sihat itu yang paling penting ... sekarang aku semakin terasa sakit di bahagian bawah tepi kadang2 sampai nak berjalan pun sakit bila terasa sakit sgt aku mula la nak menangis mood mula la nak marah je, bahagian kaki pun boleh tahan juga kalau da sakit nak berjalan pun kadang2 da mcm tak betul masalah betul tapi ini semua dugaan ku ingin menjadi seorang ibu yang baik buat anak ku&ejad..

Wednesday, December 23, 2009

disebabkan kedegilan ku akhirnyer ku tanggung kesakitan yang amat sgt hari ini...

maybe semalam aku terlalu banyak buat kerja berat akhirnya aku menanggung sakit yang betul2 buat aku serik. sakitnyer ya allah tak tertahan ku rasa seakan urat di perut ku hampir putus susah untuk ku bergerak seperti biasa da sekarang aku seakan kura-kura yang agak lembab untuk bergerak .. badan ku mula menunjukkan keletihan yang tak terdaya dengan semenang-menangnyer aku mula kan tabiat ku yang lama iaitu muntah dengan sakit kepala yang datang dengan tiba-tiba .. apa yang aku mampu buat sekarang hanya duduk supaya aku tidak jatuh !!!!

dari semalam lagi aku da mula rasa tak sedap badan kerana keletihan, dengan tiba-tiba je aku terasa seakan dunia nie perpusing dengan ligat nasib baik aku sempat duduk dari jatuh ke lantai aku sempat bercakap dengan adik perempuan aku dia minta aku duduk rehat maybe sebab aku buat kerja dengan tak henti2 .. sejak aku pregnant aku suka sgt buat kerja sampai aku kene marah dengan family aku & belah Mertua aku, aku rimas sgt kalau tak buat apa2 hanya duduk je rasa geram je hati nie. aku selalu mengadu ngan ejad " mie kan pregnant duduk rehat je la biar babah je yang buat semua kerja" mula la muka masam aku nie muncul dengan tiba-tiba hehhehe.. tanda tak puas hati la 2 bila da muncung 2 ejad senang je nak pujuk "kalau mie nak buat sgt g masak tapi siap ada syarat lagi 2 masak yang simple2 je yang pasti mie tak letih ok Sayang heheheh"

pagi nie aku mengadu lagi kat ejad dia da mula risau kan keadaan aku perut ku makin sakit terasa pedih , perit , ejad tak henti2 call & msg aku tanya kan keadaan aku & baby terasa ingin pulang tapi tak ingin plak nak berjalan aku tak tahan dengan sakit perut nie .. bila da sakit mcm nie terasa serik plak ... nie la dia akibatnyer degil tak bertempat akhirnyer aku tanggung sakit ..

Tuesday, December 22, 2009

Degilllll

disebabkan aku degil perut aku sakit, badan aku letih, mood nak marah je.. semua di sebab kan aku tension sgt tgk keadaan kelas & office yang berselerak semak paler otak aku pagi2 masuk office da rasa nak naik angin je ... mana taknyer tempat nie da jadi sarang tikus membiak dengan bau yang boleh buat aku sakit kepala dalam masa yang sama boleh buat aku kene serang sakit jantung!!!! rasa mcm nak bakar je tempat nie arrrrrJustify Full

ingat boleh la nak buat keje dengan senang hati tapi setiap kali masuk office je aku mula stress yang amat sgt da la tgh berbadan dua nie adoiiiiii sakit hati betul dengan tikus2 yang ada siap la mampus semuanyer aku keje kan taula ...

dengan itu ler aku mula kan operasi mengemas sorang2 plak 2 mau tak sakit2 badan nie perut nie tak payah cakap la rasa pedih sgt2 tahan je la.. bagi tahu kat ejad teruk gak ler aku kene membebel pedih betul telinga nie kene marah .. kat rumah semua keje dia yang buat sampai kat office aku plak yang buat hurm sendiri fikir la .. sakitnyer perut nie kecian baby ari nie ikut umi buat keje teruk sgt yer sakit yer umi minta maaf yer ...

tapi aku still tak puas hati ikut kan hati nie nak je aku basuh je 1 bangunan nie biar bersih tak ada lagi binatang2 yang boleh buat aku sakit jiwa.. hahahhaha habis semua benda yang aku nampak bagaikan sampah aku buang lantak la kalau ada yang terbuang 2 aku minta maaf la yer tak sengaja sapa suruh letak bersepah2 mata aku nie sensitive pantang nampak mesti nak buang heheheh...

tak pasal2 ejad bagi aku gelaran "Umi Degill" nie la padahnyer semua keje buat sendiri akhirnyer aku yang tanggung sakitnyer sendirian ...

hati ini ...

semalam adalah hari yang amat memenatkan aku & baby ku, sukar untuk ku berkata-kata sepatah berkataan kerana badan ku terlalu letih, akhirnya aku menitiskan lagi air mata jernih ku ya allah mengapa aku sering menitiskan air mata ini,

semalam aku balik shap pukul 5 menanti ejad ambik aku di bawah office sebab terlalu letih Justify Fulluntuk berdiri lama aku pun duduk di tempat yang aku rasa selamat tapi kepala plak pening sebab orang ramai lalu lalang depan aku rasa nak menjerit je jangan lalu depan mata aku nie semak betul...

akhirnya ejad yang ku tunggu2 sampai juga walaupun muka aku da mula menunjukkan tanda2 mood yang kurang baik untuk berborak, dalam perjalanan balik ke rumah sepatah dia tanya sepatah aku jawab dengan nada yang kurang jelas sebab aku betul2 tak larat untuk bercakap waktu itu aku sempat menutup kan mata aku ejad perasaan yang aku tak banyak cakap tapi dia still senyum kat isteri dia yang banyak sgt sogehhhh nie...

sesampai je aku di rumah aku terus berlalu masuk ke dalam bilik untuk melabuh badan ku yang amat keletihan, aku bangun sebentar untuk ke dapur ejad sempat mengusik aku dalam keadaan itu aku hampir menitiskan air mata tapi ku tahan di depannya takut2 dia perasaan tapi suara ku ejad da dapat tangkap dia tak menggangu aku dia biar kan aku sendirian berehat dalam bilik, tapi mata ini tetap tak mau tidur walaupun badan ini ingin berehat akhirnya aku berpusing2 di atas katil ejad risau aku jatuh katil sebab berpusing mcm jam heheheh , perut aku plak lapar minta di isi ejad dengan senang hatinya mengorengkan sesuatu yang boleh aku isi di dalam perut BOYOT aku nie..

selepas aku bersolat, ejad ada cakap dengan aku dia nak baca surah yasin untuk baby aku dengan senyum jawab " ok babah " sebelum ejad membaca yasin baby bukan main berpusing sampai aku da tak boleh nak bergerak-gerak da sebab baby bergerak dengan aktif dengar je babah dia membaca yasin terus dia senyap, aku merasa amat tenang letih2 di badan hampir hilang setelah mendengar alunan yasin yang di baca suami tersayang.

"umi harap sgt baby dapat menjadi anak yang soleh"

babah umi harap babah akan bacakan surah yasin setiap malam untuk baby & umi berharap baby dapat belajar dengan surah-surah yang babah bacakan untuk dia ... insyallah.

Monday, December 21, 2009

Marah , Geram , Letih , Mengantuk ahhhhhhhh

letihnya semalam still tak hilang2 bangun pagi je mood mula membosankan masuk kelas je nak marah2 tetiba je perasaan marah nie menjadi2 bila nak on pc je tak boleh, makin menjadi la marah aku nie mata plak mengantuk tidur tak cukup dengan kaki yang mula sakit sebab bergerak je tak berhanti ya allah..

sekarang badan aku pun da menunjukkan perubahan sakit di bawah perut mula terasa kalau berdiri terlalu lama pinggang tak payah cakap la sakitnyer makin menjadi2 nak urut plak tak boleh tahan je la.. bila mcm nie terasa nak marah je ya allah kuat kan hati ku, badan mula la letih sangat ikut kan hati nak je baring atas katil tak mau bangun2 nak tidur nak rehat kan mata & badan semua.

bila tengah berbadan dua nie emosi marah , sedih , tension, stress makin menjadi2 lagi2 kalau badan nie terlalu letih rasa nak bangun pon da tak larat. aku cuba kawal emosi marah , sedih semua nie aku risau kan sgt yang dalam perut nie terikut2 plak peragai umi dia nie hottt temper nie !!!

ejad selalu nasihatkan aku dia risau keadaan aku & baby dalam perut nie, dia tahu aku letih keadaan mcm nie dengan keje kat office Student mcm2 hal lagi nak fikir ,

orang cakap kalau dalam keadaan tengah pregnant nie kita tak boleh nak terlalu stress atau pun tertekan, aku tak tahu mcm mana nak hilang kan perasaan nie bila dia dtg dengan tetiba mula la rasa nak menangis makin lama makin menjadi2 plak peragai pelik aku nie baby maaf kan umi sayang ....

tak terlintas di hati pun dia datang dengan tiba2 je .....





Sunday, December 20, 2009

buat mu sayang ...

sejak aku di sahkan hamil aku tahu diri mu yang paling gembira ku tahu diri mu hampir menitis kan air mata mu sebagai suami walaupun kita baru sahaja ingin membina sebuah keluarga aku bahagia menjadi isteri mu aku bahagia memberi mu zuriat yang bakal lahir semuanya dari benih kasih yang sekian lama di pupuk 11 tahun aku menjadi kekasih hati mu, setahun sebulan aku menjadi tunang mu, hampir 7 bulan aku menjadi isteri mu..

sejak diri ini hamil diri mu banyak bersabar dengan kerenah isteri mu ini dengan peragai ku yang kadang-kadang sensitive diri mu tetap sabar dengan semua peragai ku .. walaupun tidur mu sering terganggu kerana isteri mu ini, walaupun setiap pagi diri mu yang akan mengejut kan isteri mu ini dengan sabar, walaupun setiap pagi diri mu menyedia kan air mandi panas buat ku diri mu sentiasa senyum ..

aku bahagia menjadi isteri mu tidak sedikit pun aku merungut yang pasti aku akan cuba menjadi isteri & ibu yang soleh buat mu & baby kita yang bakal lahir tidak lama lagi .. seronok rasanya melihat diri mu membelek2 barang2 baby, bahagia ku rasa bila diri mu mengusap perut ku yang semakin memboyot..

aku tahu diri mu amat risau keadaan ku ketiga aku jatuh pitam tempoh hari kerana tidak tahan dengan cuaca yang amat panas , dengan tidak henti2 diri mu meminta maaf kerana tidak dapat hantar ku ke pejabat menitis air mata ku melihat diri mu meminta maaf semua itu bukan salah mu sayang, setiap kali aku menangis diri mu mesti akan meminta maaf dari ku bukan salah mu sayang aku tak tahu kenapa sejak diri ini hamil aku menjadi sensitive semuanya bukan salah mu, diri mu amat bermakna buat ku aku bahagia sayang menjadi isteri mu.. aku tidak minta hidup mewah penuh dengan harta kekayaan , aku hanya perlu kasih sayang , belai manja mu itu adalah harta yang paling bermakna buat ku , aku selesa tgl di mahligai yang diri mu sedia kan buat ku aku tak perlukan rumah banglo yang penuh sunyi


cuti2 ahad di alamanda

minggu ahad aku isi dengan berjalan-jalan bersama ejad pergi mana lagi kalau tak ke alamanda mmg tu je tempat aku & ejad melepak-lepak sambil tgk barang-barang baby heheh aku da jatuh cinta plak kat baju baby poney kene beli nie hehehhe ejad menjeling je dia da tahu da bini dia nie cam mana pantang nampak mesti kene beli juga hahah...

tak tahu la nape aku suka plak jalan2 kat alamanda semalam rasa seronok sgt selalunye kalo aku kuar jalan2 tak de la sgt jumpa baby kan tapi semalam asyik jumpa baby je mmg sepanjang jalan 2 mata nie asyik terjumpa baby je siap ada yang kembar nie yang buat naluri ibu ku semakin menjadi2 seronoknyer tak sabar menanti yang dalam perut nie lahir ke dunia nie hehehh ...

bila aku tgk baby 2 rasa lain mcm sgt perasaan nie time 2 aku asyik duk usap perut aku yang semakin memboyot nie "baby umi tak sabar nak baby lahir ke dunia dengan selamat , umi x sabar nak dengar tangisan baby yang pertama, umi tak sabar nak tgk babah azan di telinga baby , umi tak sabar nak bagi baby susu, umi tak sabar nak mandi, belai ,& tidur kan baby"

perasaan dari hati umi ini ikhlas buat baby umi yang bakal membuat umi & babah sentiasa tersenyum walaupun penat bekerja dapat tgk baby hilang semua penat seharian bekerja ...

Wednesday, December 16, 2009

Emosi ku....

terasa cam gemuk plak hehhe

senyum anti baby pon senyum heheh

aku yang semakin sihat heheh

Perut ku yang semakin memBoyot heheh

Sejak aku hamil dari awal emosi ku sering terganggu aku tak tahu kenapa aku menjadi hamba allah yang paling sensitive, walaupun kata-kata itu satu gurau senda pasti aku akan menitiskan air mata jernih ku tak ke pelik kalau dulu aku jenis manusia yang paling tak kisah tapi sekarang tidak lagi aku akan melarikan diri dan menangis walaupun aku cuba untuk tidak menangis tapi sekarang sudah menjadi tabiat yang sukar aku kikis lagi dalam naluri hati kecil ku. kadang-kadang terlintas di fikiran ku kenapa aku berubah menjadi begini sudah puas ku fikir akhirnye ini lah dugaan yang perlu aku tempuhi aku perlu kuat kan iman & hati ku supaya tidak lemah kecian baby ku setiap kali aku menangis dia pasti dapat merasa kesedihan ku.

setiap kali aku menangis ejad pasti akan susah hati melihat aku terdetik jua di hati kecil ini ya allah kenapa aku buat insan yang amat menyayangi aku & baby ku sedih & risau akan diri ku bila melihat isterinyer menangis ejad mesti minta maaf dari ku takut-takut dia melukakan hati isterinya.

tapi tidak setiap kali aku menangis ejad pandai ambik hati suka buat isteri dia yang kuat menangis nie ketawe tak henti-henti kadang-kadang sampai nak terkencing dia buat lawak mcm budak-budak dia buat isteri dia nie, lepas menangis mesti aku akan senyum sebab ejad akan perli "sapa kuat nangis umi baby la" ayat 2 sampai bila-bila pun aku tak akan lupa dengan ayat 2 je da boleh buat aku senyum sampai ketelinga panjangnyer ha3..

aku baru perasaan sikap ejad yang agak malu sgt nak bercakap dengan baby dia dalam perut aku nie setiap kali aku tanya mesti dia jawab "babah borak ngan baby dalam hati la mie" kalo dia cakap pun mesti dia tanya aku "mie baby tidur ke angun, mie baby lapar ke tak, mie baby tendang yut mie ke tak , mie baby cihat tak , mie baby nakal tak hari nie" bila dia tanya cam 2 senyum je la aku nie dalam hati babah2 malu sgt nak cakap ngan baby dia. tapi baby dalam perut aku nie kenal sgt suara babah dia , bangun pagi je kalau dengar suara babah dia mesti aku yang kene tendang tanda isyarat dia da bangun la 2 heheheh...

aku suka dengan layanan ejad dia tak pernah paksa aku buat sesuatu terasa seronok plak hehhe tapi aku tak boleh terlalu manja tapi da terlebih manja heheh mcm mana 2 . aku suka tgk ejad makan bila aku masak, dia tak pernah merugut walaupun aku hanya sempat goreng kan telur je untuk dia makan malam kadang-kadang badan nie terlalu letih aku masak mana yang mampu jela .. tapi tak de la hari2 aku masakkan telur je ikut selera ejad la dia nak makan apa yang pasti lauk2 yang simple mudah dan senang di sedia kan ...



Wednesday, December 9, 2009

yehoooooooooooooo eSok aku cuti ....

horeyyyy mcm tak sabar2 esok nak cuti nie heheh boleh la bangun tidur 2 lewat sikit takde la sampai tangah hari kan hahhahaha time cuti je la aku dapat merehatkan kepala otak & badan2 yang semakin menunjukkan perubahan yang amat ketara ...

simptom-simptom letih sudah pon menunjukkan taringnye ini yang buat aku tak boleh terlalu tension atau pon terlalu letih bekerja dokter pon da bagi nasihat aku tak boleh terlalu sibuk dengan keje mesti kene ada masa untuk merehat kan diri ini semua untuk kebaikan aku & bayi ku ...

aku teringin sgt nak ajak ejad kuar jalan2 keluar dari kawasan bandar nie yang penuh dengan kesibukan bising, jem & mcm-mcm ada semak kepala aku da nie ...

teringin sgt nak berjalan-jalan tepi pantai hirup udara segar sejuk nyaman yang dapat merehatkan minda aku yang da berserabut sgt nie ...

seronoknye la dapat bercuti dengan family heheh ... lebih-lebih lagi bila da berbadan dua nie teringin sgt nak bercuti tak tahu la nape ??? tapi nak buat mcm mana kan keadaan tak mengizin kan masing-masing ada keje sibuk je memanjang kalo cuti pon just jalan-jalan dekat mall je ...

Tuesday, December 8, 2009

persiapan Yg semakin menyeronokkan heheh

bulan semakin berganti tahu-tahu da hampir masuk ke tahun baru tgl beberapa minggu je lagi kawan baik ku plak akan bertunang sabtu nie rasa seronok plak dengar dia nak bertunang alhamdullah terbuka akhirnyer hati dia heheh dan aku tumpang gembira ...

aku plak tgl beberapa minggu untuk masuk ke bulan ke 6 maknanyer baby ku semakin membesar dengan jaya nyer HOREyyYYYY ... persiapan menyambut kelahiran semakin menyeronokkan banyak juga barang-barang buat baby sulung aku belanja kan hehehhe ... tgl 4 bulan je lagi saat menanti kelahiran my Lovely Junior hehhe tak sabar nak melihat wajah Chumil baby sulung aku & ejad entah ikut sapa la agaknyer selalu kalo baby sulung mesti ikut AYah dia heheh .. mesti sweet sgt kan heheh perasaan aku semakin happy & seronok sgt setiap kali aku melihat barang-barang baby yang sudah siap aku kemas kan ...

aku tak tahu kenapa aku sering bayangkan aku dapat baby girl kalo boleh semua barang-barang baby mesti nak ikut tema colour girl-girl heheh aku tak tahu la nape naluri hati ini suka plak dengan baby girl heheh tapi aku tak kisah kalo lahirnyer baby BOy heheh yang pasti baby ku sihat dan kuat aku sudah cukup bersyukur dengan apa yang aku terima ...

Scan..

semalam lepas check-up je aku terus buat scan kat klinik swasta perasaan pertama yang ku rasa melihat baby ku bergerak aktif sebak , bahagia , happy , seronok ... ejad senyum senyum rasa cam leh sampai ke telinga hehehe.. punya la suka ejad tgk baby dia bergerak siap main tendang2 lagi dalam perut umi dia nie heheh .. tak dapat aku nak bayangkan perasaan melihat jantung dia bergerak aktif .. rasa puas dapat melihat dia membesar dengan cepat dan sihat ...

dokter cakap baby belum berpusing lagi kepala kat atas kaki kat bawah 2 yang suka betul dia tendang kat bahagian bawah 2 rasa nak terkencing je biler dia main tendang2 tak berhenti .. aku & ejad dapat tgk dengan jelas keadaan baby dalam perut aku ya allah besar kuasa mu aku bersyukur kerana baby ku sihat...

walaupun tak dapat tgk baby gurl Or boy sebab baby tgh best duduk sambil kaki dia menutup bahagian tertentu hehehhe rasa nak tergelak je bile dokter cakap baby u main sorok2 la hahhaha.. apa yang penting aku dapat tahu keadaan baby sihat itu pon aku dan ejad da cukup bersyukur alhamdullah ...

insyallah bile baby da masuk usia ke 7 bulan hasrat hati ingt nak buat scan 3D plak heheh .. mesti lagi buat hati ku berbunga2 hahahhah

Monday, December 7, 2009

Check-up & scan For 5 month hheheh




hureyyyyyyy aku happy sgt nak g check-up & scan esok 8 december 2009 ..
seronok betul rasa di hati ku ini heheheh ejad pon happy sgt sebab aku happy dan sentiasa senyum hehhe baby pon senyum-senyum dengan cUmelnyer dalam perut umi dia yang makin membesar nie hahha...

alhamdullah aku da semakin sihat & happy Ceria heheh dan dapat merasai perasaan seorang ibu yang hamil ....
yang seronoknyer dapat makan dengan puas2nyer wahhhh seronoknyer cakap je nak makan apa mesti dapat heheheh itu la keistimewaan yang tak dapat aku nak bayangkan betapa seronoknyer menjadi ibu hamil nie lebih2 lagi alahan aku semakin baik hehheh
ejad plak tak pernah membantah apa je aku nak makan dia bagi janji aku makan dan Sihat kalo dulu bukan main susah nak makan sampai kene paksa nangis2 baru nak makan tapi sekarang TIDAK LAGI heheheh....

tak sabar nak scan esok nak tgk baby kesayangan umi dalam perut nie buat apa dalam perut umi asyik tak mau duk diam je .. and nak bagi ejad tgk sendiri baby dia dalam perut aku nie membesar heheh..

Tuesday, December 1, 2009

bulan ke 5 .....

rasa mcm baru semalam aku di sahkan hamil dan sekarang usia kandungan ku sudah 5 bulan ya allah besarnyer kuasa mu aku amat bersyukur dengan apa yang engkau kurnia kan padaku... sekarang aku beransur pulih dari alahan mabuk yang betul2 buat aku tak mampu melakukan apa2 kerja .. dan alhamdullah aku semakin sihat & selera makan ku pun da semakin bertambah-tambah heheh terasa berat juga la nak bawa badan nie sekarang .. lebih2 lagi baby dalam kandungan ku semakin sihat & aktif .. aku betul2 rasa bahagia bila terasa dia menendang rasa ingin saja aku menangis dengan gembira kadang-kadang menitis juga air jernih di mata ku ... aku berharap sgt aku akan melahir kan seorang baby yang comel & sihat dan segalanyer berjalan dengan lancar..

tak sabar rasanyer nak menanti saat kelahiran anak pertama nie seronok rasanyer barang-barang persiapan baby da mula beli sikit demi sikit ... perasaan bedebar2 pon da mula terasa heheheh