Friday, February 19, 2010

arrrrr naper la begini ...

bila da masuk trimester terakhir nie semakin terasa stress tak terkata arrrr aku geram setiap kali aku berjalan-jalan mesti terasa gilu or sakit dibahagian bawah pehhhh tak terkata sakitnyer rasa ingin menjerit " makkkkkk sakitnye" nak g check kat hospital mau kene tahan & jadi bahan kajian plak, sekarang aku semakin terasa senak di bahagian perut & mula terasa sakit2 bby da pandai m'geras2 kan badan adoiii umi dia la terpaksa tahan sakitnyer bila bby buat cam 2 dengan lasak dia lagi sabar je tapi hati aku senang bila bby dalam perut aku nie sentiasa bergerak dengan aktif walaupun umi dia da semakin kurang sihat sekarang nie aku tetap bersyukur ..

nurse da mula bagi tahu tanda2 b/salin aku senyum je walaupun aku da mula terasa kurang selesa ikut kan hati nak je aku suruh baby dalam perut nie kuar cepat2 lega sikit rasa hati kalau baby da kuar heheh , aku dijangka bersalin awal tapi tak tahu la risau plak rasanyer dalam hati nie minta2 semuanya selamat amin. kadang rasa tak larat sgt nak ambik cuti awal risau plak tak tahu la naik pening memikirkan bab keje nie .. semua da mula bising sakit telinga bila kene membebel aje dengan mak & suami, larat tak larat aku redah juga la bekerja cam biasa tangan nie tak lepas dari m/megang perut je 24 jam mulut nie tak berhenti2 bercakap ngan baby dalam perut nie risau dalam hati nie allah je yg tahu tak terkata2 .

semalam aku tidur seakan berguling2 je babah baby yang kecian tak dapat tidur lena sebab tgk umi bby tidur pusing kiri pusing kanan mana taknya bby dalam perut nie asyik duk mengeras2 kan badan dia dalam hati da terfikir aku nie nak bersalin da ke ya allah mcm2 ada dalam kepala otak aku da nie lama plak 2 baby mengeras2 dalam perut aku tawakal je la semalam ..

ada kes member baby dia asyik mengeras2 je dalam perut g buat medical check-up kat hospital dokter tgk pembukaan rahim da 2 cm terus tahan wad malam 2 terus bersalin alhamdullah dokter cakap dtg awal kalau tak bersalin la kat rumah yer hehhehe ... alhamdullah juga baby dia sihat & comel sgt dapat bby girl ..

alhamdullah semua kelengkapan untuk menyambut orang baru dalam rumahtangga yang ku bina b/sama suami tersayang sudah aku persiapkan rasa hati tak sabar sgt rasa ingin menangis dengan perasaan yang gembira bercampur aku bahagia ..

Tuesday, February 16, 2010

Mcm tak percaya ??? Betul ke nie...

cuti semperna menyambut tahun baru cina nie aku ambik kesempatan untuk balik ke rumah pak long selama 3 hari aku disana merehat kan diri & minda aku dari segala masalah yang ada dalam paler otak aku nie... seronok dapat berkumpul ramai2 mak adik2 dan makcik2 aku lama sgt tak balik sana terasa seronok sgt .. bila balik sana aku mula kan aktiviti yang dirancang emak & makcik aku untuk membuat majlis lenggang perut untuk anak sulong aku, ya allah malunyer aku berkemban time 2 tak tahu nak cakap apa rasa nak tergelak sampai sakit perut aku hahahhaha mana taknyer aku ingat tak ada yang tgk sekali tgk semua menunggu untuk menengok aksi aku yang tak sudah nie suami aku pun sama la time 2 la dia mengelakkan bini dia yang tgh kesejukkan last2 aku tak boleh nak bangun sebab terlampau sejuk apa lagi bahagian peha ngan kaki aku tak dapat bergerak akhirnya suami aku yang terpaksa mengangkat bini dia yang Cumil nie hahahha ..

lepas mandi2 nenek 2 cakap insyallah baby ku PEREMPUAN heheh senyum meleret la aku nie hahah .. sampai la ke aktiviti terakhir iaitu mengurut untuk membetul kan kedudukkan baby ku betul sangkaan aku nenek yang memberitahu aku yang baby ku tak duduk dalam keadaan yang sepatutnye terpaksa la aku menahan sakit semasa sesi mengurut perut aku nie tak dapat aku nak bayangkan sakitnye ... selesai mengurut adu haiiiii leganyer la rasa dalam hati nenek 2 siap bagi tahu lagi kamu nie bukan 7 bulan tapi da masuk 8 bulan tak lama lagi nak bersalin da mcm tak percaya je aku bila dengar nenek 2 cakap aku da 8 bulan mau 3 kali aku ulang betul ke nek da 8 bulan nie bukan baru masuk 7 bulan lebih ke nek betul nenek 2 cakap 8 bulan da kamu nie cuba tgk perut kamu nie da turun kebawah da nie baby kamu pun da turun nie ..

mula perasaan berdebar2 semakin menjadi2 bulan depan je aku nak menanti saat2 kelahiran baby dalam perut nie ... nasib baik la aku da siap kan semua barang2 keperluan aku & baby tak la pening paler .. aku dinasihat untuk banyak merehatkan diri jgn terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang ada emak aku siap suruh ambik cuti awal lagi untuk berehat di rumah .. suami aku mengalakkan lagi sebab dia tgk aku da tak larat sgt sekarang semakin sarat dia cakap risau je hehehe ...

walaupun sekarang nie aku semakin terasa semakin berat untuk bergerak tapi aku suka berjalan heheh tak tahu la naper walaupun penat sgt mesti nak berjalan jugak kadang2 sampai kene marah je dengan emak & suami & emak mertua aku heheh .. tapi kalau betul2 da tak larat nak berjalan baru la aku tido heheh dalam erti kata merehatkan diri heheh ..

yg merisaukan aku sekarang nie HB aku yang kurang memuas kan hati mana2 pihak pun siap kali aku makan ubat tambah darah yang dibekalkan pihak hospital aku mesti muntah tak henti2 dari pagi sampai la malam kadang2 sampai aku tak mampu nak mengerakkan badan sendiri sebab terlalu letih ... minggu depan nie aku ada date untuk perjumpaan dengan dokter plak semak paler otak rasa tak ingin langsung nak pergi tapi suami aku paksa juga ..

Wednesday, February 10, 2010

Ya allah aku ingat da berakhir mabuk ku kembali lagi di saat bulan terakhir ini ....

aku tak dapat nak bayang kan keadaan aku waktu ini aku semakin rasa badan aku tak berapa nak sihat aku ingt bila da masuk bulan terakhir nie aku dapat rasa lega tapi tekaan aku meleset mabuk yang ku sangka hilang pergi akhirnye kembali lagi ya allah tak sanggup ku rasa setiap kali mabuk itu datang menyerang terasa seakan nak tercabut urat-urat yang ada di seluruh badan aku nie .. fobia pada bau-bau yang wangi pun dtg balik aduhhhhh naik semak paler otak bila di fikirkan balik nie yang buat aku tak sabar2 nak tunggu si kecik dalam perut aku nie kuar cepat-cepat kalau boleh kuar la hari nie yer hehehhehe ..
dugaan & ujian datang selih b/ganti apa yang aku mampu buat berdoa dan bersabar pasti ada hikmah disebalik ujian yang diberi kan pada aku saat nie.. tapi aku tak mampu untuk menyeka air mata aku dari terus mengalir saat ini yang perasaan sedih mula datang dengan tiba-tiba rasa kesian sgt pada si kecil dalam perut nie ..
tapi dalam masa yang sama aku tahu si kecil dalam perut aku nie memahami keadaan umie dia, sentiasa memberi respon yang amat baik semakin lincah duduk dalam perut nie kadang2 sampai umie dia tak boleh nak tidur dibuatnya heheh ... rasa bahagia tak sabar rasanya & aku berharap sgt saat2 aku melahirkan nanti semua berjalan dengan lancar dan si kecil berada dalam keadaan sihat... Amin...

Tuesday, February 2, 2010

kerisauan yang melanda hati ini....

semalam aku buat medical-chek-up dalam hati berdebar2 malas sgt nak pegi pagi2 rasa letih nak menunggu lama akhirnyer aku g dalam pukul 10 org tak ramai sgt alhamdullah tal la penat aku menunggu lama2 ...
sampai giliran aku untuk chek berat badan naik dalam 2 kilo , chek tekanan darah naik 100/ turun 70, chek HB plak 9.4 turun muka aku da lain mcm je bile tgk keputusan dia je aku da mula risau ya amat sgt ejad da menjeling je kat aku mesti kene dengar ceramah lagi la nie .. mmg betul tekaan aku kene ceramah & kauseling hurm dengar je la walau pun ianyer tidak menyedap kan hati aku nie... terpaksa la aku mengadap muka nurse yang tak reti nak senyum 2 adoiii hai semak paler otak aku .. rasa hati nak je aku menjerit sekuat hati kat klinik 2 bila nurse 2 cakap kalau HB aku still tak naik2 bulan aku akan di paksa mengambil suntikkan yang amat menyakitkan ya allah tak sanggup rasanya bila nurse 2 cakap mcm 2 siap cakap plak 2 ambik suntikkan 2 bukan menyedapkan tapi menyakit kan tak tahu la aku leh tahan ke tak.. nurse nasihatkan aku makan-makanan yang tambah darah untuk mengelak masalah yang tak di undang aku tak tahu nak buat mcm mana lagi da letih sgt bila memikirkan semua masalah nie ..
rasa sedih bila memikirkan semua masalah ..
borak2 ngan baby hati aku kembali senyum baby bagi respon yang amat baik senang & lega je hati nie .. bila tgk barang2 baby sejuk je hati nie ...

Sunday, January 31, 2010

sakit hati betul !!!!!

alkisahnyer begini aku geram betul dengan babah baby nie tau dia kalau bab bola cepat je tido lambat pun sanggup semak betul ikut kan hati aku nak je aku buang tv LCD kesayangan babah baby 2 ishhhh ...
malam semalam ada game MU bukan main 2 siap2 duk depan tv lepas tido kan ummie baby tak tahu la habis kul baper aku terjaga dalam kul 2.30 pg dia baru nak tido siap teman kan aku g toilet lagi hehhe ...
lepas g toilet 2 tak tahu la plak tetiba je baby minta makan rasa perit betul ikut hati nak je tunggu esok pagi je makan tapi da tahap gaban punya sakit perut nie lapar betul baby plak tak henti2 menendang bagi isyarat nak makan Ummie lapar nie .. tgk babah baby sedap je tido malas plak nak kejut tapi da lain mcm da nie tak boleh jadi nie aku pun kejut kan la babah Hurmmm
babah mie lapar la anggun la ???? arrrr lapar ke ?? ok
dengan selambanyer dia menarik selimut sambung tido ya allah sabar je la rasa nak menjerit je dalam hati aku nihhh siap pusing buntut dia ke arah ummie plak 2 ...
dengan hati yang geram bangat nie aku bangun sebab tak sanggup aku tgk baby dalam perut aku nie kelaparan tak sampai hati rasanya ...

bangun pagi je babah kejut, umi anggun ke makan malam tadi babah tgk ada pinggan plak kat singki dapur 2 ummie lapar yer rasa nak je aku gigit buntut dia geram je aku pun buat la muka masam tensionn betulll nak buat cam ner kan org tu da tak sedar sebab m'gantuk sgt tgk bola .. nie yang best leh jadi bahan je ngan aku nie siap kene perli je hari nie hahhahahha padan muka babah tau ..

Thursday, January 28, 2010

scan kali ke 2 ..

baby da 31 minggu 6 hari hehehe


semalam aku mengalami sakit perut yang tahap melampau sehingga aku tidak dapat bangun untuk pergi ke office ejad tak izin kan aku pergi kerja sebab keadaan ku yang amat lemah ini adalah gara2 minum AIR REBUSAN KURMA CHINA sehingga aku tanggung akibatnya, kesannya masih ku rasa sehingga hari ini kelapa ku hampir pecah menahan sakitnya tak ingin lagi ku minum air iTU, tak dapat ku bayangkan mcmmana la keadaan anak ku dalam perut waktu aku di serang sakit perut semalam boleh dikatakan anak ku tak henti2 bergerak menandakan dia kurang selesa sehingga la sakit perut aku beransur hilang baru la anak ku berhenti bergerak " kecian sayang ummi terpaksa merasa sakit seperti ummi maaf kan ummi yer sayang" tak henti2 aku memujuk supaya anak ku bersabar & aku berjanji tak akan minum lagi air tu!!!!!

husband aku pun mula risau bila aku kata badan aku lemah sgt nak angkat kepala sendiri pun mcm ada batu besar kat atas kepala, dia plak tak dapat nak jaga sebab terpaksa pergi kerja nak ambik cuti tak ada org ganti tempat dia tapi dia still cuba untuk balik awal tgk keadaan aku dalam ms yang sama dia tak henti2 call tanya kan keadaan wife & baby dia nie da naik penat asyik duk angkat fon je nak cakap pun suara da tak mau kuar2 da hehehhe...

bila keadaan da beransur ok tergerak plak hati nie nak tgk keadaan baby maybe sebab aku terlalu risau kan dia kot dalam masa yang sama aku mmg nak g jumpa dokter alang2 baik buat 1 kerja je kan g chek-up & scan untuk kali ke 2 hehhe hati nie sering tertanya2 mcmmana la baby ummi hari nie kan sihat ke tak heheh..

Tak dapat ku gambarkan perasaan gembira tak terkata sehingga hampir menangis bila melihat baby berada dalam keadaan sihat first scan baby ku berada dalam keadaan songsang semalam scan baby sudah pandai memilih tempat yang paling selamat buatnya kepala berada di bahagian bawah kaki di atas patut la kuat sgt tendang kaki kat atas da yer baby hehhe ..

babah happy sgt semalam sampai nak tido malam pun asyik terbayang2 je alhamdullah aku bersyukur sgt2 amin...

ingatkan tak nak tanya tapi dokter da tercakap akhirnya terjawab sudah teka-teki my baby Boy or gurl hehhe .... alhamdullah perasaan ku selama ini benar2 belaka baby dalam kandungan ku adalah baby gurl tak terkata lagi da happy sgt, nampaknyer belah family husband ada juga dapat cucu perempuan pecah record la kali nie yehhhhh ... so lepas nie boleh la aku borong barang2 baby gurl heheheh tak sabar rasanya nak beli baju baby gurl i'm so happy ..

sekarang aku da masuk minggu 31 6 hari dokter siap bagi tarikh aku bersalin lagi 26/3/2010 mcm tak percaya je betul ke ????? kalau betul tgl 2 bulan je la nie ...

Tuesday, January 26, 2010

Persiapan ku di saat 3 bulan terakhir...

bila da masuk 7 bulan nie mcm2 nak di buat mcm2 nak difikirkan ada yang menyeronokkan ada juga yang menakutkan??? yang bestnya dapat merasa anak ku dalam kandung ini semakin cerdik & lasak, dalam masa yang sama seronok sgt dapat buat persiapan untuk ahli baru dalam keluarga aku yang nak kata besar tak besar la kan hehhe baby ummi & babah tak sabar sgt nak dengar tangisan pertama baby selepas lahir nanti ... " wahhhh bahagianya aku "


mula kan aktiviti mengemas2 barang buat anak ku & diri ku sendiri rasa tak sabar2 nak pack semua barang2 untuk di bawa ke hospital tapi pening la apa yang penting je kan kene bawa heheh

Barang-barang baby:-

1. baju baby dalam beberapa helai (semua lengan panjang cian baby sejuk plak nanti kan )
2. kain lamping baby
3. pampers new born
4. minyak telon ( wajib bawa )
5. minyak baby (ada yang kata mesti kene bawa)

Barang-barang Ummi:-

1. kain batik
2. baju T (wajib bawa nie)
3. tuala wanita (heheh faham2 sendiri da le)
4. stokin (supaya tak masuk angin )
dan seakatan dengannya ...


pilihan jamu untuk lepas bersalin pun da kene fikir da nie tak tahu la aku nie sesuai makan apa? pening gak kepala otak aku duk fikir kan benda2 remeh nih .. kalau ikut mak aku dia suruh je aku beli jamu MUSTIKA RATU sebab da komplet semua dalam 1 je mak aku cakap la kan kang kalau tak beli sudah semestinya la aku nie kene membebel ... bila tanya ejad dia tak kisah yang penting aku sihat makan je la apa yang mak cakap 2 mesti ok punya hehhe ..

sebelum nie ada yang tanya ada minum apa2 tak untuk tambah kan air susu badan heheh biler dengar je aku da tergelak Besar adoiiii kelakar la plak huhuhuhu.... aku cakap jela tak ada pun nie pun aku tak tahu susu badan aku nie banyak ke sikit cam pelik je aku rasa la bagi tahu kat ejad sengih je la orang tua 2 heheh ...

bila da masuk 7 bulan nie semua da nasihat kan aku untuk buat persiapan awal simpan dalam kereta kalau ada apa2 senang terus pergi hospital je .. bila diorang cakap mcm 2 takut la plak mula la terfikir yang bukan2 adoiii semak betul la... aku sentiasa berdoa semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna amin...