Sunday, December 20, 2009

buat mu sayang ...

sejak aku di sahkan hamil aku tahu diri mu yang paling gembira ku tahu diri mu hampir menitis kan air mata mu sebagai suami walaupun kita baru sahaja ingin membina sebuah keluarga aku bahagia menjadi isteri mu aku bahagia memberi mu zuriat yang bakal lahir semuanya dari benih kasih yang sekian lama di pupuk 11 tahun aku menjadi kekasih hati mu, setahun sebulan aku menjadi tunang mu, hampir 7 bulan aku menjadi isteri mu..

sejak diri ini hamil diri mu banyak bersabar dengan kerenah isteri mu ini dengan peragai ku yang kadang-kadang sensitive diri mu tetap sabar dengan semua peragai ku .. walaupun tidur mu sering terganggu kerana isteri mu ini, walaupun setiap pagi diri mu yang akan mengejut kan isteri mu ini dengan sabar, walaupun setiap pagi diri mu menyedia kan air mandi panas buat ku diri mu sentiasa senyum ..

aku bahagia menjadi isteri mu tidak sedikit pun aku merungut yang pasti aku akan cuba menjadi isteri & ibu yang soleh buat mu & baby kita yang bakal lahir tidak lama lagi .. seronok rasanya melihat diri mu membelek2 barang2 baby, bahagia ku rasa bila diri mu mengusap perut ku yang semakin memboyot..

aku tahu diri mu amat risau keadaan ku ketiga aku jatuh pitam tempoh hari kerana tidak tahan dengan cuaca yang amat panas , dengan tidak henti2 diri mu meminta maaf kerana tidak dapat hantar ku ke pejabat menitis air mata ku melihat diri mu meminta maaf semua itu bukan salah mu sayang, setiap kali aku menangis diri mu mesti akan meminta maaf dari ku bukan salah mu sayang aku tak tahu kenapa sejak diri ini hamil aku menjadi sensitive semuanya bukan salah mu, diri mu amat bermakna buat ku aku bahagia sayang menjadi isteri mu.. aku tidak minta hidup mewah penuh dengan harta kekayaan , aku hanya perlu kasih sayang , belai manja mu itu adalah harta yang paling bermakna buat ku , aku selesa tgl di mahligai yang diri mu sedia kan buat ku aku tak perlukan rumah banglo yang penuh sunyi


No comments: