Sunday, December 27, 2009

tahun 2009 my sweet memory...

tahun 2010 bakal tiba hanya dengan beberapa hari sahaja & perginyer 2009 dengan cerita-cerita yang indah banyak kenangan yang tak mungkin dapat aku lupa kan tahun 2009 "you the Best year" sedih , gembira, happy , teruja & mcm2 perasaan cukup untuk ku kumpul semuanyer untuk tahun 2009,

~tahun 2009 aku bergelar seorang isteri kepada encik NORHAIZAD NORDIN & pada tahun yang sama hanya selang sebulan aku di sahkan hamil 4 minggu (1 bulan) dalam masa aku di sahkan hamil aku mengalami alahan mabuk yang amat teruk tak dapat aku bayangkan keadaan aku waktu itu selama 4 bulan lebih aku terpaksa menanggung keadaan mabuk yang buat aku betul2 seakan serik untuk mengandung tapi dengan sokongan suami & family kedua2 belah pihak aku kuatkan hati ku untuk menempuh segalanya hanya buat anak sulung aku & ejad yang bakal lahir 16~april~2010 tahun depan

bila kandungan masuk 4 bulan lebih keadaan ku beransur pulih selera makan mula bertambah dengan baik.. dalam masa yang sama aku tidak dapat lupa kan tendangan pertama baby itu adalah tendangan pertama yang aku rasa & seterusnya tak dapat nak aku gambarkan perasaan aku bila baby berikan aku reaksi yang amat baik walaupun keadaan aku saat itu tidak berapa baik & sihat aku mengalami masalah tekanan darah terlalu rendah dalam masa yang sama aku sering pitam ...

bila kandungan ku masuk 5 bulan baby semakin aktif dengan berat badan aku yang naik mendadak 4.5 kilo dalam masa sebulan pehhhh mcm tak percaya mana taknye asyik minta makan je heheh perut nie sentiasa lapar, kalau nak makan je mesti nak PIZZA la , KFC la , MCD, mcm2 g yang aku nak makan kalau sebelum nie bukan main alah bau pon tak boleh tapi sekarang itu la yang aku sering nak makan kalau tak dapat je mula la aku menangis hahhaha takut2 baby kuar je anti ikut peragai aku yang kuat menangis nie plak sudah ...

sekarang kandungan ku sudah pun masuk 6 bulan aku dapat rasa pembesaran baby, dalam keadaan nie aku semakin terasa letih , penat , adakala aku rasa tak larat nak bangun mood sensitive aku pun mula menjadi2 kecian ejad terpaksa melayan kerenah aku mcm nie ~ baby semakin aktif bergerak aku dapat rasa baby berpusing dengan baik menukar kedudukkan dari kepala di atas turun kebawah lebih sesuai kadang2 risau jugak kalau2 baby tak mau pusing kebawah akhirnya aku rasa amat lega sgt sebab dapat rasa baby berpusing dan dapat rasa kepala baby di bahagian bawah .

bila baby da semakin aktif tido malam aku mula terganggu terasa letih sgt2 masuk je waktu aku nak tido baby mula la buat keje dia dalam perut umi dia nie bila di suruh tido tak mau dengar lagi kuat dia main best sgt yer duk main dalam perut umi nie sampai umi tak boleh nak tido lena da sekarang nie, babah dia asyik tgk bola je baby pun ikut suka menendang plak da sekarang nie kuat plak 2 sampai sakit2 da pinggang aku nie. babah asyik cakap nie mesti baby boy kan kuat tendang kalau ikut babah tgk bola nie heheh Sabar je la aku dengar Babah dia cakap cam 2 aku tak kisah baby boy Or Gurl yang penting baby sihat itu yang paling penting ... sekarang aku semakin terasa sakit di bahagian bawah tepi kadang2 sampai nak berjalan pun sakit bila terasa sakit sgt aku mula la nak menangis mood mula la nak marah je, bahagian kaki pun boleh tahan juga kalau da sakit nak berjalan pun kadang2 da mcm tak betul masalah betul tapi ini semua dugaan ku ingin menjadi seorang ibu yang baik buat anak ku&ejad..

No comments: